Selasa, 5 Januari 2016

Permulaan Tahun 2016

Assalammualaikum semua sahabat2 di alam maya....

Belum terlewat rasanya untuk lynn ucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua. Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia Allah SWT ini. Semoga tahun ini memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua, diberi kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat.

Tahun lynn n suami masih lagi berdua (doakan kami memperoleh zuriat yang soleh dan solehah). Lynn harap tahun ini hidup lynn lebih bahagia, tenang dan dirahmati oleh-Nya. Tahun sekali lagi hanya mampu melihat anak2 org ke sekolah, alangkah seronok nye ibu bapa menghantar anak2 mereka. Semua anak2 ini dapat belajar dengan tenang dan  mudah menerima apa yang diajari oleh para guru.

Tahun 2016, tempat percutian yang pertama dikunjungi adalah Cameron Highlands. Itu pun sekadar untuk makan strawberry coklat (si suami melayan tekak si isteri). Kami gerak pagi dalam pukul 7 pagi dari Putrajaya sampai CH pukul 12tghari. CH boleh tahan jem dari Tanah Rata ke Brinchang hampir mengambil masa selama 30 minit, hakikat nya pada hari biasa hanya 10-15 minit sahaja. Tempat yang dituju adalah Big Red Strawberry Farm. Menu yang diorder, NO 31 - Strawberry Coklat, NO 17 - Walfe Aiskrim dan NO 8 - Strawberry Sundae. Dekat BRSF ini nak order makan kena sebut no klu tak mmg tak layan la. Lepas makan dlam kul 2 kami ke pasar tani CH, takde apa pun beli just sayur2 je. Kami turun CH dan menuju ke Kuala Selangor. Pukul 3 pagi bar sampai rumah di Putrajaya.

Isnin hari pertama kerja daln tahun 2016 sangat membosankan dan mengantuk giler. Hari pertama yang ada hanya lynn dan en.akmal. CC cuti, en mizi lewat sebab anta anak masuk sekolah, en fadzli pun katanye cuti jgak. Hari pertama ngan penutupan cafe, pagi2 dah mengeluarkan peluh berjalan untuk membeli makanan, tengahari kita habiskan masa ngan tido di meja.


* Seronok tengok orang anta anak2 ke sekolah
* Percutian pertama di Cameron Highland
* Bonus tahunan beli 1gram GoldBar ( #powergold)
* Usia makin berkurangan
* Nanti kita update lain tapi tak tau nak tulis apa. (banyak cerita tapi.....)
* Tingkatkan amalan di dunia untuk Akhirat.


Tiada ulasan: