Jumaat, 8 Jun 2018

Nasi arab Noxxa

Ciklynn dah lama nak up resepi Nasi Arab (takde la resepi sgt pun) dan cara masak menggunakan periuk Noxxa.

Sebab kata takde la resepi sgt ialah ciklynn pakai pes yang dah siap. Senang kerja tuang je terus.

Nasi Arab Noxxa (cara ciklynn)

Bahan:

Beras dan Pes Nasi arab Yemeni Mendhi
1 Ekor Ayam

Cara2

1. Basuh Beras yang disediakan dan rendam dalam 30minit
2. Masukkan air dalam inner periuk kuantiti 1kilo beras = 5 cawan air
3. Masukkan Pes Nasi Arab ke dalam air, kacau bagi pes hancur.
4. Masukkan ayam untuk direbus (jangan lupa basuh dan bersihkan ayam tau :0)
5. Rebus sehingga mendidih. Guna butang STIR FRY untuk didihkan air, jangan tutup periuk.
6. Boleh keluarkan ayam setelah air mendidih @ nak masak sekali beras pun boleh.
7. Masukkan beras yang telah direndam (beras sahaja tau, air rendaman beras takmau)
8. Gaul rata beras dan biarkan masak. Guna butang LOW PRESSURE utk masak nasi setkan selama 7minit. Pastikan tombol duduk dalam keadaan Pressure.
9. Setelah nasi masak, bebaskan wap dengan pusingkan tombol dalam keadaan STEAM dan biarkan sehingga habis bunyi, baru buka tutup periuk. Selepas tu tuangkan pewarna yg disediakan, terpulang nak letak semua @ ala2 je, gaul rata.
10. Ayam boleh masak sekali dalam beras @ keluarkan utk goreng @ bakar, semua sedap.


Sambal Salsa

Tomato
Cili Merah @ Cili api
Daun Ketumbar
Jus Lemon
Gula

Blend Tomato dan Cili Merah@Cili Api serta Gula (mengikut kepedasan yang diingini), Campur jus perahan Lemon dan perasa.
Cincang halus Daun Kelumbar dan campur dalam bahan yang telah diblend.


Salad

Tomato
Timun
Jus Lemon

Tomato dan timun potong dadu. Gaulkan dan masukkan perahan Lemon.

Siap sudah..... Anak2 pun pasti suka dan bertambah2.