Isnin, 21 Mac 2016

Udang Butter Milk

Bahan-bahan

  • Udang - 30ekor
  • 2 ulas bawang putih
  • 1bj bawang  merah
  • 6 - 10biji cili api (nak pedas tambah la lagi...)
  • 6 helai daun kari
  • 1/2 sudu serbuk kari - taknak bubuh pun takpe
  • 3/4 tin susu cair (ikut citarasa masing2, nak manis n lemak)
  • 1/2 kiub ayam, terpulang nak bubuh ke taknak
  • 3 sudu butter
  • 1keping keju cheedar
  • gula secukup rasa - nak manis bubuh lebih
  • tepung jagung secukupnya 
 Cara-cara
  1. Kupas udang, basuh dan toskan. Campurkan tepung jagung dengan garam dan sedikit serbuk kari @ tambah serbuk kunyit untuk kelihatan kekuningan. Gaul udang bersama2 tepung. Perap seketika @ terus goreng. Jangan lama2 nanti udang keras@hilang rasa. Asingkan
  2. Panaskan kuali, cairkan butter, tumiskan daun kari, bawang dan lada.
  3. Masukkan serbuk kari, gaul bagi masak.
  4. Masukkan susu cair dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan keju cheedar dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng.

**Klu taknak udang melekat ngan kuah Butter, tuang kuah butter atas udang semasa menghidang.
**Hidang dan makan sementara masih panas - butter sejuk melekat dan rasa sedikit muak


** Selamat Mencuba
#moodmalasnakblogger
#moodmasakpuntakde
#masakmasaprogrambbqbersamakeluargamertua