Rabu, 20 Januari 2016

Berhenti Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit yang serius seperti barah paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar @ strok. Merokok juga boleh memberikan kesan kepada setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

# Merokok memberikan keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberikan kebaikan kerana asap yang dilepaskan oleh perokok juga memberikan kesan buruk kepada orang disekeliling terutama ahli keluarga.

# Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak yang tidak cukup bulan, kurang berat badan @ mati selepas dilahirkan. 

# Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok bolehsering sakit dengan mengalami batuk, selesema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah dan memdapat asma.

Demi diri dan keluarga

Apa feadah yang diperolehi dengan berhenti merokok

Keputusan berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.

Faedah yang diperoleh dengan berhanti merokok

  1.  Panjang umur
    • satu daripada dua perokok mati lebih awal disebabkan oleh penyakit berkaitan merokok
    • merokok membunuh hampir 5000 rakyat melaysia setiap tahun
  2.  Mengelakkan daripada bahan berbahaya
    • asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser
  3.  Mencegah penyakit
    • hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
    • barah paru-paru, sakit jantung, penyakit pasru-paru yang kronik, strok da ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  4.  Kehidupan lebih sihat
    • mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selesema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  5.  Mencegah keburukan kepada orang lain
    • apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang sekeliling di mana asap tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  6.  Menjadi contoh
    • apabila tidak merokok ia menjadi teladan kepada keluarga dan anak
    • mereka menjadikan anda sebagai contoh untuk tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat
  7.  Meningkatkan kecergasan
    • orang yang tidak merokok selalunya lebih cergas dan memiliki badan yang sihat.
  8.  Meningkatkan deria bau dan rasa
  9.  Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  10.  Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  11.  Menjimatkan wang
    • labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10 sehari, pelaburan >RM300 sebulan >RM3600 setahun. Jika melabur untuk 10 tahun anda sudah mempunyai RM36,000 dalam akaun simpanan).
  12.  Melindungi alam sekitar
    • puntung roko dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  13.  Meningkatkan kesuburan

** Petikan diambil dari Berita Harian 20 Januari 2016
** Ditaip semula oleh Lynn

Tiada ulasan: