Rabu, 5 Ogos 2015

Resepi Nasi Ayam

Sekarang nie kena simpan resepi semula dalam blog. Senang tulis kat buku penuh pastu tak tau duduk kat mne buku tu....
Masuk blog senang boleh kongsi bersama2 pembaca yang mencari2 resepi. Resepi nie pun kebanyakannye lynn minta ngan org. Ada yang lynn buat, ada yang minta saja...hihihihi...

Jom kita tengok bahan2 dan cara buat nasi ayam. Nasi ayam yang akan dijadikan menu utama untuk jamuan hari raya kat umah lynn, insya Allah....

Nasi

~ Bawang Putih "
~ Bawang Merah "
~ Halia "
~ Kuib Ayam @ Stock Ayam
~ Majerin
~ 4Sekawan (rempah menumis)
~ Garam 
~ Beras (semestinye) < basuh >
     
      ( Bahan bertanda " kisar)

 * Panaskan majerin, masukkan rempah menumis (4 sekawan), tumis bahan kisar, masukkan kiub @ stock ayam, masukkan garam dan akhir sekali masukkan beras dan air.

Ayam

~ Bawang Putih "
~ Halia "
~ Sos Tiram
~ Kicap Manis
~ Garam 
    
    ( Bahan bertanda " kisar)

* Basuh ayam, masukkan bahan kisar, sos tiram, kicap manis dan garam. Perap ayam selama 1jam@semalaman

Sup

~ Tulang Ayam
~ Bawang Putih '
~ Bawang Merah '
~ Halia '
~ Kiub @ Stock Ayam
~ 4 sekawan (rempah menumis)
~ Minyak
~ Garam
~ Air

    ( Bahan bertanda ' dihiris halus)

* Panaskan minyak, tumis 4sekawan, masukkan air, kiub@stock ayam, dan garam

Sos Sambal

~ Cili Merah "
~ Bawang Merah "
~ Bawang Putih "
~ Asam Jawa
~ Sos Cili
~ Gula n Garam

  ( Bahan bertanda " kisar)

* Campurkan semua bahan dan kacau sebati

Sos Kicap

~ Kuah Sup
~ Sos Tiram
~ Sos Cili
~ Kicap

* Campur semua bahan dan kacau sebati


## Sory takde sukatan. Yang bagi resepi pun main campak2 je. Dan anggaran untuk makan 50-60 org.
## Agak2 korang faham tak
## Tak faham boleh tanya
## Lynn pun baru first time nak buat nasi ayam
## Tgk bahan dan cara masak macam senang dan mudah je.
## Jomlah kita cuba sesama
## Nanti lynn buat entri mengenai Rumah Terbuka Lynn



Tiada ulasan: