Jumaat, 7 Ogos 2015

Kek Batik

Teringin nak makan kek batik, tapi tak reti buat. Nasib ada en.Google, so kita google je la......Time teringin br boleh buat. Google punye google jumpa la satu blog (tak ingin sapa punye). Cara mudah, bahan sikit. Tgk2 bahan semua ada kecuali biskut dan susu. Balik kerja lynn ajak terus pakwe (husband) pergi beli.

Sekarang nie kita tgk bahan2 dan cara2 membuatnye.


Kek Batik


Bahan-bahan

  • Biskut Marie
  • Milo (bungkus kecil)
  • Susu pekat (separuh)
  • Buttercup (250gram)
  • Serbuk koko (2sudu)

Cara-cara
  1. Panaskan kuali@periuk (lynn guna kuali senang nak gaulkan)
  2. Masukkan buttercup, kacau sehingga cair
  3. Masukkan susu pekat (lynn letak tak sampai separuh pun, sbb tak suka manis)
  4. Masukkan milo (semua) dan serbuk koko, kacau sehingga tiada yang berketul
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipotong (lynn belah 4bahagian), kacau bg semua biskut bersalut coklat
  6. Masukkan ke dalam bekas dan tekan utk padat kan 
  7. Simpan bekas kedalam peti sejuk,sekurangnye 4jam.
  8. Sedia untuk dihidang

# Serbuk koko - mengurangkan rasa manis susu dan milo
# Jangan takut untuk tekan aduan, biar biskut patah lagi sedap
# Jangan lupa lapik loyang@bekas ngan plastik. Supaya senang nak keluarkan kek dr bekas(tak melekat)


** Gambar takde tak sempat nak ambil.
** Sedap dan tak manis sgt.
** Bawa kat ofis, klu tinggal kat umah takde org nak makan
** Tinggal kat umah sikit je dalam suku loyang


Tiada ulasan: