Khamis, 22 Mei 2014

PA Sementara

Assalamualaikum....
Untuk pengetahuan semua bermula 2 mei tempohari lynn start kerja baru....Jadi PA....Ketua Seksyen....(Giler ko tak pernah kerja pengurusan walaupun memegang jawatan Pembantu Tadbir (P/O)).
Mesti tak percayakan.....
Mula2 kerja macam best je, sebab tak tau nak buat apa so duduk jawap telefon je. Boss pulak baru masuk, makanye sama tak tau nak buat apa
Masuk minggu kedua, dah mula buzy, semua benda nak kena belajar, kena ingat unit mana yang uruskan mengenai pinjaman, kena ingat AP2 semua unit...
Dan yang paling tak suka kena buka, forward dan balas email KS....mmg giler la....
Sekarang dah masuk minggu ke 3, kira dah ok sikit, setiap hari ada je benda baru yang diperlajari...... Cara buat email utk panggil mesyuarat, cara nak tentukan masa mesyuarat, cara nak booking bilik mesyuarat. Semua berkaitan dengan mesyuarat.......Bermula dari kosong memang banyak belajar.....Sekarang dah mula suka dengan kerja PA nie, tapi semua nie hanya la sementara, sehingga ada pengisian jawatan dari MOF.

Tiada ulasan: