Selasa, 4 November 2014

14 Kemulaian Wanita Muslimah yang sedang Hamil


1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titik susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.


► Subhanallah...
► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya....

**Semoga suatu hari, lynn diberi kesempatan untuk hamil.....Minta tolong doakan utk lynn dan suami.

Sabtu, 1 November 2014

Diet Atkins

Apa Itu DIET ATKINS?

Mula-mula kenalah tahu apa itu Atkins kan? Nama Atkins ni diambil sempena dengan pencipta program ni iaitu Dr. Robert C. Atkins. Kurus ker dia? Ntah...Dia cipta program ni pada tahun 1963, jadi korang rasa dia hidup lagi ker tak kalau-kalau nak tengok dia kurus ke tak?
Dia buat program ni bukan memain wooooo. Siap buat kajian-kajian lagi. Dan ada banyakkkk lagi kajian berkenaan Atkins ni.

KONSEP ATKINS DIET.


Konsep mudahnya ialah MENUKAR badan kita daripada PEMBAKAR KARBOHIDRAT (GULA) kepada PEMBAKAR LEMAK untuk dijadikan tenaga. Proses ini dinamakan KETOSIS. Proses nak dapatkan ketosis tu ambil masa 2 hari tapi ingat...jika gagal, sekelip mata jer nak batalkan ketosis tu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan ketosis merajuk. Heheheheh

MACAM MANA NAK JADI KETOSIS?

Secara ringkasnya, selama ini badan kita bakar karbohidrat daripada makanan yang kita makan setaip hari. Nasi, gula, roti, pizza, kuih muih, kek, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi. Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan mcm ayam gorenglah, ikan gorenglah, daging pangganglah dan macam-macam. Tapi, yang dibakar karbohidrat jer...lemak terbakar tak? Non adooooo. Makin kita tambah adalah. Nak nak plak orang yang kadar metabolismanya rendah. Huh, makin montellll lah kita yangggg. JADI, kita jangan bagi badan kita makan karbohidrat. Bila body dah tak dapat bahan bakar iaitu karbo ni seperti biasa maka dia akan cari alternatif lain untuk di bakar. Maka, dia gi lah bakar lemak plak untuk dijadikan tenaga. Macam ner pun dia kena gak membakar kan. Aish..membakar jer kerja dia. Kita bako! Kita bako!..uish, emo.

CARA-CARANYA (macam resepi plak ek)

Ada 4 Fasa dalam Atkins ni iaitu :-

Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)
Fasa 2 : Ongoing Weight Loss [OWL] (Susut Berat Badan Berterusan)
Fasa 3 : Pre-Maintenance (Pengekalan Awal)
Fasa 4 : Lifetime Maintenance (Kekal Seumur Hidup -gempak jer bunyinya kan)