Rabu, 21 Oktober 2015

Kebosanan

Allahuakbar....bosannye la.....Kad untuk buat kerja tak dpt lg, so sekarang nie kerja mengikut arah je. Masalahnye arahan takde. Duduk diam je la kat tempat. Main game dah puas, Internet tak tau nak buka apa dah nie. Tahap kebosanan yang amat sgt. Suasana ofis yang sunyi sepi.

Aduhai nie mmg relax sungguh nie. CC kata nanti dah dapat kad tak smpat nak buat benda lain, kerja hakiki banyak nanti. Sekarang relax je la takde buat apa. Setiap masa duk tgk jam je, bila nak rehat, bila nak balik. Menghitung masa, saat dan ketika je.


Teringin Nak Makan Kan

Assalammaulaikum sahabar2 semua.....

Untuk pengetahuan semua lynn nie jenis klu teringin nak makan sesuatu benda tu, lynn lebih suka masak sendiri. Tak tau kita bukan internet, zaman dah canggih sekarang semua dihujung jari je.

Semalam teringin nak makan Tauhu Sumbat n Bergedil Ayam. So blik ofis terus ajak "pakwe" kita gie pasar untuk cari bahan2 untuk dua2 makanan tu. Lynn google resepi bergedil, sebenarnye dah tanya jiran depan umah resepinye, tapi tak puas hati takut tak jadi, kita google lagi kat internet. Tgk resepi sama je pun.

Bergedil Ayam
  • Isi Ayam - Hiris dan rebus pastu tumbuh hancur@ carit2 kecil
  • Kentang - Kupas, potong kecil dan goreng
  • Bawang goreng
  • Lada Merah - Potong dadu
  • Bawang Merah - Potong dadu
  • Daun Bawang - Potong halus
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Minyak masak - untuk mengoreng
  • Telur - Salut
  1. Lenyek kentang yang digoreng, lenyek masa kentang masih panas2. Sbb senang kentang masih lembut 
  2. Campur semua bahan dan gaul rata
  3. Bulatkan bahan mengikut citarasa masing2
  4. Lynn buat bentuk bulat dan 'love'
  5.  Sebelum nak goreng bergedil, salutkan dulu ngan telur. tunggu masak bahagian bawah dulu br terbalikkan klu tak bergedil hancur.
Tauhu Sumbat
  • Tauhu 
  • Garam
  • Kunyit Serbuk
  • Sayur
    • Taugeh
    • Lobak
    • Timun
  1. Basuh tauhu, toskan airnye, lumurkan tauhu dengan garam dan kunyit serbuk.
  2. Goreng tauhu tersebut
  3. Sayur potong memanjang lobak dan timun. Campurkan semua sayur.
  4. Potong tauhu kepada 2bahagian, amik isi tengah tauhu dan campurkan ke dalam sayur
  5. Sumbat tauhu dengan sayur.
  6. Pastu makan ngan SOS
Sos Merah
  • Lada Merah
  • Cili Api
  • Gula
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  1. Campur semua bahan dan kisar halus.
  2. Boleh lah dihidangkan

##Habis licin kami makan berdua. 6ketul tauhu dapat 12potong.
##Bergedil ada lg separuh, lynn simpan dalam peti sejuk, nanti nak makan just celup telur dan goreng
##Bab sos lynn mmg fail tentang rasanye.
##Apa2 pun husband suka makan, tauhu sumbat mmg kesukaannye
##Lynn makan 3bergedil dan 3 tauhu sumbat je

Isnin, 19 Oktober 2015

Aktiviti Hari Minggu

Assalammualaikum semua......Hari nie nak cerita aktiviti lynn sepanjang hari minggu lepas (18 Oktober 2015). Takde la aktiviti sangat. setakat gie gym, sauna dan renang je(bukan pandai pun)

Lynn ngan 2 lagi kawan lynn rancang untuk gie pusat Maritim Putrajaya. Kami amik pakej 3serangkai (gym, sauna dan renang) harga tak la mahal ok la RM20 utk 3sesi nie. Kami sampai kat Maritim kul 9.45, dapat utk pakej nie.

kami gie pagi so kami masuk gym dulu, konon2 nak turunkan berat badan. Dalam gym tu ada mesin penimbang masing2 timbang la berat, semua komplian berat naik. Lynn sendiri pun berat naik 2kilo, giler ko nak...makan tak jaga, nak joging keadaan jerebu mmg duk rumah je la.

Nie lynn masukkan gambar peralatan yang ada kat dlm gym nie. Ok la gym nie tak ramai org pun just kami bertiga je. so masing2 excited la nak guna semua peralatan. Kami duk dldm gym dldm 1jam lebih.

Kawasan gym luas

Peralatan tak banyak tapi selesa nak guna

Utk sesiapa yang nak bina otot

setengah jam mengayuh penat jgak, sakit bontot

Studio utk aerobik, luas sgt tapi klu sorg macam malu pulak nak menari

Abaikan ciklynn dengan baju renang...

Lepas selesai sesi gym keluarkan peluh kami masuk bilik untuk sauna dan steam. Lynn rasa bersalah pulak sebab suis bilik steam rosak, maybe sebab salah masukkan kunci. Kami sauna je dlm sejam. Berpanas dan berpeluh.......


Bilik Sauna. Boleh muat dalam 4-5org je.
Lupa nak amik gambar dengan lebih dekat tempat yg keluarkan haba panas. Kita just tuangkan air kat batu tu je.


Bilik Stim, Kami tak masuk pun sbb tgh baiki suis.
Cik abg sayang yang tengah baiki suis bilik stim.
Bila dah berpeluh, berpanas dan kepenatan, kami siap2 salin baju renang masing2. Sejukkan badan dulu sebelum gie beremdam.

Kolam renang maritim adalah kolam renang yang berbumbung, so ibu bapa tak perlu bimbang untuk bawa anak2 mandi2 dan bersantai kat sini walaupun hari hujan. Lupa nak amik gambar kolam renang...hihihi...sejam beremdam mmg tak puas. Bukan kata budak2 klu dah jumpa air taknak naik, lynn pun klu dah jumpa air terutama kolam renang mcm nie mmg tak puas la. Jeles tgk budak2 berenang, menyelam dengan bebas. Lynn tak reti berenang so kita beremdam je la. Air kolam yg sejuk tapi clorin yang kuat baunye.

Untuk pengetahuan kolam renang nie ada sesi2 nya.

 Sesi pertama :- 9.00pagi sampai 11.45 pagi
 Sesi kedua     :- 12.30tghari sampai 3.15ptg
 Sesi Ketiga    :- 4.00 ptg sampai 6.45ptg
 Sesi keempat :- 7.30 ptg sampai 9.45 mlm

**45minit masa untuk staff cuci kolam.
**sila pakai pakaian renang sahaja. (lupa nak amik gambar peraturan yang dibenarkan)
 

Ahad, 11 Oktober 2015

Hari kedua

11 Oktober 2015

Pagi2 dah dapat whatsapp dari CC suruh datang ofis awal kena buat air n kemas bilik meeting. Baru bajet nak ajak pakwe tu gie makan kat kedai atas bukit. tak dapat la gie makan. So beli roti je la kat petronas.

Sampai ofis sarapan dulu, kita nie jenis kena makan@minum pagi dulu klu tak nanti mula sakit perut la, pening la, macam2 penyakit yang sampai nanti. Siap makan basuh cawan n piring semalam, masak air utk buat air nescafe dan tea o.

Setting balik meeting sbb meeting start kul 10 pagi. Sarapan pagi boss belikan, nasi kerabu dan nasi dagang. Start diaorg meeting rehat la kejap. pastu dalam kul12 gie pulak Alamanda, request nak makan Mcdonald. Pergi la ngan CC. Order 13 Big Mac dan 12 Mcd chicken. Sambil tunggu order kami gie la beli kudapan utk tambahan. Kul1.30 dah siap susunkan makanan kat tempat diaorg meeting.

Kul 3, belikan makanan request Murtabak Singapore di Bangi. Jalan...nasib ada drive standy kat ofis sorg, so senang la sikit kerja. Kol je drive tunggu.




#nanti kita sambung lagi
#tunggu keputusan diaorng nak request makan apa untuk malam. (harap2 tak la sampai malam)

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Ini Dalam Sejarah

11 Tahun servis nie la OT yg paling lama sekali.



10 Oktober 2015

First lapor diri pada 01 oktober 2015, dapat tangguh seminggu je. Nie kes macam balas demdam, staff sini tukar sana dpt tangguh seminggu je so staff sana tukar sini dia bari tangguh seminggu jgak.

Jumaat 10 Oktober 2015 lapor diri kat tempar baru, kerja tak tau buat apa lagi. Tapi sini masing2 dah sibuk untuk buat pencetakan buku. So masing2 meeting je la dr pagi sampai malam. Kita nie masuk tolong CC je la setting bilik meeting (kemas bilik meeting, susun air mineral, susun n basuh cawan2....satu lg tolong topup kan kudapan (kismis, kacang, gula2, asam2 dan sebagainye atas permintaan)
Sebelum balik, CC maklumkan kena stanby gie PNB, pilih sapa nak gie sabtu sapa nak gie ahad. Lynn pilih sabtu sbb lynn tau abe kena main bowling terakhir ngan group BPP, so bagi 'can' la abe main bowling.

Pagi2 sabtu CC dah whatsapp kena dtg awal sbb nak setting bilik meeting. Dah setting2 bos kata takyah gie PNB, seronok tak terkata lah lynn n cc. Duk kat ofis sendiri ok jgak la klu kena sampai malam pun.

Penat jgak duk tggu org meeting nie. Tengahari sediakan makan, tunggu arahan dari boss nak kena beli makan apa. So diaorang request untuk makan nasi ayam penyet, makanya kami pun pergi la Bangi Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Belikan untuk 25 bungkus termasuklah untuk kami berdua.

Kul 3, bos request pulak nak minum petang. Pisang goreng n sukun je la yg kami belikan. Kami beli kat Uniten (org2 putrajaya, bangi dan sekitarnye tau la Uniten tu kat mne). Untuk makan malam bos dah request utk makan Pizza Domino's. Projek keluar beli sekali lg dah terakhir utk setakat nie.


#Pizza Domino's tak jadi, sbb meeting habis awal.
#kerja dari kol8.30 pagi hingga kul 7.50 mlm
#mmg penat giler, terkejar2
#first time ot perlukan pergerakan yg banyak.


Khamis, 1 Oktober 2015

Jenis Emas dan Kandungnya

Jom kita belajar jenis emas dan kandungan di dalamnya. Lynn pun tak tau, tak sebut je.

1) Emas 999

• Mempunyai kandungan 99.9% Emas
• Tidak di campur dgn bahan2 lain (Pure Emas)
• Di kenali juga sbg Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebykkan berbentuk ‘gold bar’.

2) Emas 950

• Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain spt tembaga , aluminium & sbgnya
• Di kenali jg sbg Emas 23 Karat (23K)
• Emas Kelantan
3) Emas 916

• Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain spt tembaga, aluminium & sbgnya
• Di kenali jg sbg Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal & popular di kalangan peminat Emas diseluruh Malaysia.
4) Emas 835

• Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain spt tembaga, aluminium & sbgnya.
• Di kenali jg sbg Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal & popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.
5) Emas 750

• Mempunyai kandungan 75% Emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain spt tembaga, aluminium & sbgnya
• Dikenali jg sbg Paun @ Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli Emas krn mutunya.

Nak jadi tokey emas online @ beli untuk simpan sendiri meh sembang2 ngan lynn....Kita cerita pasai POWERGOLD, beli emas dapat emas, dapat bonus dan ilmu tentang emas, sebulan sekali sertai lelong . Yang pasti harga Powergold lagi murah dari harga kedai dan dipasaran.