Lynn ngan 2 lagi kawan lynn rancang untuk gie pusat Maritim Putrajaya. Kami amik pakej 3serangkai (gym, sauna dan renang) harga tak la mahal ok la RM20 utk 3sesi nie. Kami sampai kat Maritim kul 9.45, dapat utk pakej nie.
kami gie pagi so kami masuk gym dulu, konon2 nak turunkan berat badan. Dalam gym tu ada mesin penimbang masing2 timbang la berat, semua komplian berat naik. Lynn sendiri pun berat naik 2kilo, giler ko nak...makan tak jaga, nak joging keadaan jerebu mmg duk rumah je la.
Nie lynn masukkan gambar peralatan yang ada kat dlm gym nie. Ok la gym nie tak ramai org pun just kami bertiga je. so masing2 excited la nak guna semua peralatan. Kami duk dldm gym dldm 1jam lebih.
Kawasan gym luas |
Peralatan tak banyak tapi selesa nak guna |
Utk sesiapa yang nak bina otot |
setengah jam mengayuh penat jgak, sakit bontot |
Studio utk aerobik, luas sgt tapi klu sorg macam malu pulak nak menari |
Abaikan ciklynn dengan baju renang... |
Lepas selesai sesi gym keluarkan peluh kami masuk bilik untuk sauna dan steam. Lynn rasa bersalah pulak sebab suis bilik steam rosak, maybe sebab salah masukkan kunci. Kami sauna je dlm sejam. Berpanas dan berpeluh.......
Bilik Sauna. Boleh muat dalam 4-5org je. |
Bilik Stim, Kami tak masuk pun sbb tgh baiki suis. |
Cik abg sayang yang tengah baiki suis bilik stim. |
Kolam renang maritim adalah kolam renang yang berbumbung, so ibu bapa tak perlu bimbang untuk bawa anak2 mandi2 dan bersantai kat sini walaupun hari hujan. Lupa nak amik gambar kolam renang...hihihi...sejam beremdam mmg tak puas. Bukan kata budak2 klu dah jumpa air taknak naik, lynn pun klu dah jumpa air terutama kolam renang mcm nie mmg tak puas la. Jeles tgk budak2 berenang, menyelam dengan bebas. Lynn tak reti berenang so kita beremdam je la. Air kolam yg sejuk tapi clorin yang kuat baunye.
Untuk pengetahuan kolam renang nie ada sesi2 nya.
Sesi pertama :- 9.00pagi sampai 11.45 pagi
Sesi kedua :- 12.30tghari sampai 3.15ptg
Sesi Ketiga :- 4.00 ptg sampai 6.45ptg
Sesi keempat :- 7.30 ptg sampai 9.45 mlm
**45minit masa untuk staff cuci kolam.
**sila pakai pakaian renang sahaja. (lupa nak amik gambar peraturan yang dibenarkan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan