Ahad, 15 November 2015

Pakej Powergold

Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan di dalam powergold. Boleh pilih ikut kemahuan kita @ kemampuan kita. Tak rugi join powergold nie sebab powergold menawarkan harga yang terbaik dan murah dari harga pasaran. 

1) Kita jgak boleh memilih samada kita berminat untuk beli emas dan simpan (saving) @ buka kedai online sendiri (trading) @ share n ajak kawan2 join sekali dalam biz powergold ini (networking). Tiada paksaan dalam penyertaan biz ini.


2) Dah pilih mane yang kita suka kita study n faham betul² pakej² yg powergold tawarkan..

Pakej gold - rm350 (ahli)
Pakej solid gold - rm450 (ahli)
Pakej super powergold - rm3800 (stokis)

3) jika join ahli hanya utk buat saving atau trading..ambik pakej ahli je pun dah memadai..terpulang pd diri masing² sama ada ingin ambik pakej gold atau pakej solid gold..

4) jika join ahli dengan niat nak saving, trading n networking..anda disarankan utk terus mengambil pakej stokis kerana pakej stokis lebih banyak kelebihan utk anda menjana income..

5) jika tak berkemampuan utk terus mengambil pakej stokis...anda boleh mengambil pakej ahli dahulu..setelah menjadi ahli, sambil saving teruskan sharing utk kembangkan networking..

Bila networking berkembang..secara xlangsung bonus kita bertambah..jadi blh la guna duit bonus tu untuk upgrade stokis..

* take note yerr..

Tempoh utk upgrade stokis setelah kita menjadi ahli hanya 120 hari aje..jika terlebih tempoh, kita akn selamanya akan jadi ahli je..dah xleh upgrade stokis dh..rugi..!

6) ok, sekarang anda dah tahu nk join pakej mane kan?jadi jgn tunggu lama²..terus whatsapp upline (orang yg kenalkan anda pd powergold @ orang yg add anda ke dlm group powergold) utk daftarkan anda sbg ahli..utk daftar, just bagi details anda & bank in jumlah pakej yg anda nak je..done!

SELAMAT MENJADI AHLI POWERGOLD..!


PAKEJ GOLD - RM350.00

PAKEJ SOLID GOLD - RM450
SUPER POWERGOLD - STOKIS - RM3800

Berminat boleh hubungi lynn@whatsapp pun boleh 019-9981664



Rabu, 11 November 2015

Resepi Nasi Daging Noxxa

Assalammualaikum semua....

Semalam 10 November 2015 cuti Deepavali, bosan duk umah kita try masak Nasi Daging. Dengan muka tak malu kita minta resepi ngan makcik kita. Lynn tgk internet macam susah sangat nak buat nya. Lepas tanya makcik, senang je, bahan pun mudah je. Kita kan ada periuk Noxxa so lg senang takyah tunggu lelama. 30minit je dah siap nasi daging. Meh lynn tepek resepi yang mudah dan senang.

Nasi Daging

Bahan-bahan
  • Daging
  • Beras
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • 4sekawan
  • Kuib Ayam
  • Serbuk Kurma@kari
  • Minyak Sapi@minyak masak
  • Tomato
Cara-cara
  1. Rebus daging sampai empuk - klu guna periuk Noxxa setkan 20minit HP, In Sya Allah empuk, klu tak empuk tambah lg masa 5-10minit
  2. Basuh beras dan toskan - pakai beras apa pun boleh.....
  3. Kisar@hiris halus, bawang putih, bawang merah dan halia - lynn kisar je semua tu
  4. Panaskan minyak sapi@minyak masak - lynn guna majerin
  5. Tumiskan 4sekawan dan bahan kisar@hiris
  6. Naik bau masukkan serbuk kurma@kari, masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan beras dan air rebusan daging, daging, tomato(yg dipotong2) Kuib ayam
  8. Gaul rata dan masak selama 7minit mengunakan HP
  9. Sedia utk dimakan

Air Asam

Bahan-bahan
  • Cili Api
  • Tomato
  • Bawang Merah
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Susu
  • Gula & Garam

Cara-cara
  1. Tumbuh cili api dan belacan
  2. Potong tomato dan bawang merah
  3. Campur semua bahan, masukkan air asam jawa, susu
  4. Perasakan dengan gula dan garam
  5. Sedia utk dimakan dengan Nasi Daging.

Rabu, 21 Oktober 2015

Kebosanan

Allahuakbar....bosannye la.....Kad untuk buat kerja tak dpt lg, so sekarang nie kerja mengikut arah je. Masalahnye arahan takde. Duduk diam je la kat tempat. Main game dah puas, Internet tak tau nak buka apa dah nie. Tahap kebosanan yang amat sgt. Suasana ofis yang sunyi sepi.

Aduhai nie mmg relax sungguh nie. CC kata nanti dah dapat kad tak smpat nak buat benda lain, kerja hakiki banyak nanti. Sekarang relax je la takde buat apa. Setiap masa duk tgk jam je, bila nak rehat, bila nak balik. Menghitung masa, saat dan ketika je.


Teringin Nak Makan Kan

Assalammaulaikum sahabar2 semua.....

Untuk pengetahuan semua lynn nie jenis klu teringin nak makan sesuatu benda tu, lynn lebih suka masak sendiri. Tak tau kita bukan internet, zaman dah canggih sekarang semua dihujung jari je.

Semalam teringin nak makan Tauhu Sumbat n Bergedil Ayam. So blik ofis terus ajak "pakwe" kita gie pasar untuk cari bahan2 untuk dua2 makanan tu. Lynn google resepi bergedil, sebenarnye dah tanya jiran depan umah resepinye, tapi tak puas hati takut tak jadi, kita google lagi kat internet. Tgk resepi sama je pun.

Bergedil Ayam
  • Isi Ayam - Hiris dan rebus pastu tumbuh hancur@ carit2 kecil
  • Kentang - Kupas, potong kecil dan goreng
  • Bawang goreng
  • Lada Merah - Potong dadu
  • Bawang Merah - Potong dadu
  • Daun Bawang - Potong halus
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Minyak masak - untuk mengoreng
  • Telur - Salut
  1. Lenyek kentang yang digoreng, lenyek masa kentang masih panas2. Sbb senang kentang masih lembut 
  2. Campur semua bahan dan gaul rata
  3. Bulatkan bahan mengikut citarasa masing2
  4. Lynn buat bentuk bulat dan 'love'
  5.  Sebelum nak goreng bergedil, salutkan dulu ngan telur. tunggu masak bahagian bawah dulu br terbalikkan klu tak bergedil hancur.
Tauhu Sumbat
  • Tauhu 
  • Garam
  • Kunyit Serbuk
  • Sayur
    • Taugeh
    • Lobak
    • Timun
  1. Basuh tauhu, toskan airnye, lumurkan tauhu dengan garam dan kunyit serbuk.
  2. Goreng tauhu tersebut
  3. Sayur potong memanjang lobak dan timun. Campurkan semua sayur.
  4. Potong tauhu kepada 2bahagian, amik isi tengah tauhu dan campurkan ke dalam sayur
  5. Sumbat tauhu dengan sayur.
  6. Pastu makan ngan SOS
Sos Merah
  • Lada Merah
  • Cili Api
  • Gula
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  1. Campur semua bahan dan kisar halus.
  2. Boleh lah dihidangkan

##Habis licin kami makan berdua. 6ketul tauhu dapat 12potong.
##Bergedil ada lg separuh, lynn simpan dalam peti sejuk, nanti nak makan just celup telur dan goreng
##Bab sos lynn mmg fail tentang rasanye.
##Apa2 pun husband suka makan, tauhu sumbat mmg kesukaannye
##Lynn makan 3bergedil dan 3 tauhu sumbat je

Isnin, 19 Oktober 2015

Aktiviti Hari Minggu

Assalammualaikum semua......Hari nie nak cerita aktiviti lynn sepanjang hari minggu lepas (18 Oktober 2015). Takde la aktiviti sangat. setakat gie gym, sauna dan renang je(bukan pandai pun)

Lynn ngan 2 lagi kawan lynn rancang untuk gie pusat Maritim Putrajaya. Kami amik pakej 3serangkai (gym, sauna dan renang) harga tak la mahal ok la RM20 utk 3sesi nie. Kami sampai kat Maritim kul 9.45, dapat utk pakej nie.

kami gie pagi so kami masuk gym dulu, konon2 nak turunkan berat badan. Dalam gym tu ada mesin penimbang masing2 timbang la berat, semua komplian berat naik. Lynn sendiri pun berat naik 2kilo, giler ko nak...makan tak jaga, nak joging keadaan jerebu mmg duk rumah je la.

Nie lynn masukkan gambar peralatan yang ada kat dlm gym nie. Ok la gym nie tak ramai org pun just kami bertiga je. so masing2 excited la nak guna semua peralatan. Kami duk dldm gym dldm 1jam lebih.

Kawasan gym luas

Peralatan tak banyak tapi selesa nak guna

Utk sesiapa yang nak bina otot

setengah jam mengayuh penat jgak, sakit bontot

Studio utk aerobik, luas sgt tapi klu sorg macam malu pulak nak menari

Abaikan ciklynn dengan baju renang...

Lepas selesai sesi gym keluarkan peluh kami masuk bilik untuk sauna dan steam. Lynn rasa bersalah pulak sebab suis bilik steam rosak, maybe sebab salah masukkan kunci. Kami sauna je dlm sejam. Berpanas dan berpeluh.......


Bilik Sauna. Boleh muat dalam 4-5org je.
Lupa nak amik gambar dengan lebih dekat tempat yg keluarkan haba panas. Kita just tuangkan air kat batu tu je.


Bilik Stim, Kami tak masuk pun sbb tgh baiki suis.
Cik abg sayang yang tengah baiki suis bilik stim.
Bila dah berpeluh, berpanas dan kepenatan, kami siap2 salin baju renang masing2. Sejukkan badan dulu sebelum gie beremdam.

Kolam renang maritim adalah kolam renang yang berbumbung, so ibu bapa tak perlu bimbang untuk bawa anak2 mandi2 dan bersantai kat sini walaupun hari hujan. Lupa nak amik gambar kolam renang...hihihi...sejam beremdam mmg tak puas. Bukan kata budak2 klu dah jumpa air taknak naik, lynn pun klu dah jumpa air terutama kolam renang mcm nie mmg tak puas la. Jeles tgk budak2 berenang, menyelam dengan bebas. Lynn tak reti berenang so kita beremdam je la. Air kolam yg sejuk tapi clorin yang kuat baunye.

Untuk pengetahuan kolam renang nie ada sesi2 nya.

 Sesi pertama :- 9.00pagi sampai 11.45 pagi
 Sesi kedua     :- 12.30tghari sampai 3.15ptg
 Sesi Ketiga    :- 4.00 ptg sampai 6.45ptg
 Sesi keempat :- 7.30 ptg sampai 9.45 mlm

**45minit masa untuk staff cuci kolam.
**sila pakai pakaian renang sahaja. (lupa nak amik gambar peraturan yang dibenarkan)
 

Ahad, 11 Oktober 2015

Hari kedua

11 Oktober 2015

Pagi2 dah dapat whatsapp dari CC suruh datang ofis awal kena buat air n kemas bilik meeting. Baru bajet nak ajak pakwe tu gie makan kat kedai atas bukit. tak dapat la gie makan. So beli roti je la kat petronas.

Sampai ofis sarapan dulu, kita nie jenis kena makan@minum pagi dulu klu tak nanti mula sakit perut la, pening la, macam2 penyakit yang sampai nanti. Siap makan basuh cawan n piring semalam, masak air utk buat air nescafe dan tea o.

Setting balik meeting sbb meeting start kul 10 pagi. Sarapan pagi boss belikan, nasi kerabu dan nasi dagang. Start diaorg meeting rehat la kejap. pastu dalam kul12 gie pulak Alamanda, request nak makan Mcdonald. Pergi la ngan CC. Order 13 Big Mac dan 12 Mcd chicken. Sambil tunggu order kami gie la beli kudapan utk tambahan. Kul1.30 dah siap susunkan makanan kat tempat diaorg meeting.

Kul 3, belikan makanan request Murtabak Singapore di Bangi. Jalan...nasib ada drive standy kat ofis sorg, so senang la sikit kerja. Kol je drive tunggu.




#nanti kita sambung lagi
#tunggu keputusan diaorng nak request makan apa untuk malam. (harap2 tak la sampai malam)

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Ini Dalam Sejarah

11 Tahun servis nie la OT yg paling lama sekali.



10 Oktober 2015

First lapor diri pada 01 oktober 2015, dapat tangguh seminggu je. Nie kes macam balas demdam, staff sini tukar sana dpt tangguh seminggu je so staff sana tukar sini dia bari tangguh seminggu jgak.

Jumaat 10 Oktober 2015 lapor diri kat tempar baru, kerja tak tau buat apa lagi. Tapi sini masing2 dah sibuk untuk buat pencetakan buku. So masing2 meeting je la dr pagi sampai malam. Kita nie masuk tolong CC je la setting bilik meeting (kemas bilik meeting, susun air mineral, susun n basuh cawan2....satu lg tolong topup kan kudapan (kismis, kacang, gula2, asam2 dan sebagainye atas permintaan)
Sebelum balik, CC maklumkan kena stanby gie PNB, pilih sapa nak gie sabtu sapa nak gie ahad. Lynn pilih sabtu sbb lynn tau abe kena main bowling terakhir ngan group BPP, so bagi 'can' la abe main bowling.

Pagi2 sabtu CC dah whatsapp kena dtg awal sbb nak setting bilik meeting. Dah setting2 bos kata takyah gie PNB, seronok tak terkata lah lynn n cc. Duk kat ofis sendiri ok jgak la klu kena sampai malam pun.

Penat jgak duk tggu org meeting nie. Tengahari sediakan makan, tunggu arahan dari boss nak kena beli makan apa. So diaorang request untuk makan nasi ayam penyet, makanya kami pun pergi la Bangi Nasi Ayam Penyet Wong Solo. Belikan untuk 25 bungkus termasuklah untuk kami berdua.

Kul 3, bos request pulak nak minum petang. Pisang goreng n sukun je la yg kami belikan. Kami beli kat Uniten (org2 putrajaya, bangi dan sekitarnye tau la Uniten tu kat mne). Untuk makan malam bos dah request utk makan Pizza Domino's. Projek keluar beli sekali lg dah terakhir utk setakat nie.


#Pizza Domino's tak jadi, sbb meeting habis awal.
#kerja dari kol8.30 pagi hingga kul 7.50 mlm
#mmg penat giler, terkejar2
#first time ot perlukan pergerakan yg banyak.


Khamis, 1 Oktober 2015

Jenis Emas dan Kandungnya

Jom kita belajar jenis emas dan kandungan di dalamnya. Lynn pun tak tau, tak sebut je.

1) Emas 999

• Mempunyai kandungan 99.9% Emas
• Tidak di campur dgn bahan2 lain (Pure Emas)
• Di kenali juga sbg Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebykkan berbentuk ‘gold bar’.

2) Emas 950

• Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain spt tembaga , aluminium & sbgnya
• Di kenali jg sbg Emas 23 Karat (23K)
• Emas Kelantan
3) Emas 916

• Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain spt tembaga, aluminium & sbgnya
• Di kenali jg sbg Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal & popular di kalangan peminat Emas diseluruh Malaysia.
4) Emas 835

• Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain spt tembaga, aluminium & sbgnya.
• Di kenali jg sbg Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal & popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.
5) Emas 750

• Mempunyai kandungan 75% Emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain spt tembaga, aluminium & sbgnya
• Dikenali jg sbg Paun @ Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli Emas krn mutunya.

Nak jadi tokey emas online @ beli untuk simpan sendiri meh sembang2 ngan lynn....Kita cerita pasai POWERGOLD, beli emas dapat emas, dapat bonus dan ilmu tentang emas, sebulan sekali sertai lelong . Yang pasti harga Powergold lagi murah dari harga kedai dan dipasaran.

 

Jumaat, 7 Ogos 2015

Kek Batik

Teringin nak makan kek batik, tapi tak reti buat. Nasib ada en.Google, so kita google je la......Time teringin br boleh buat. Google punye google jumpa la satu blog (tak ingin sapa punye). Cara mudah, bahan sikit. Tgk2 bahan semua ada kecuali biskut dan susu. Balik kerja lynn ajak terus pakwe (husband) pergi beli.

Sekarang nie kita tgk bahan2 dan cara2 membuatnye.


Kek Batik


Bahan-bahan

  • Biskut Marie
  • Milo (bungkus kecil)
  • Susu pekat (separuh)
  • Buttercup (250gram)
  • Serbuk koko (2sudu)

Cara-cara
  1. Panaskan kuali@periuk (lynn guna kuali senang nak gaulkan)
  2. Masukkan buttercup, kacau sehingga cair
  3. Masukkan susu pekat (lynn letak tak sampai separuh pun, sbb tak suka manis)
  4. Masukkan milo (semua) dan serbuk koko, kacau sehingga tiada yang berketul
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipotong (lynn belah 4bahagian), kacau bg semua biskut bersalut coklat
  6. Masukkan ke dalam bekas dan tekan utk padat kan 
  7. Simpan bekas kedalam peti sejuk,sekurangnye 4jam.
  8. Sedia untuk dihidang

# Serbuk koko - mengurangkan rasa manis susu dan milo
# Jangan takut untuk tekan aduan, biar biskut patah lagi sedap
# Jangan lupa lapik loyang@bekas ngan plastik. Supaya senang nak keluarkan kek dr bekas(tak melekat)


** Gambar takde tak sempat nak ambil.
** Sedap dan tak manis sgt.
** Bawa kat ofis, klu tinggal kat umah takde org nak makan
** Tinggal kat umah sikit je dalam suku loyang


Rabu, 5 Ogos 2015

Resepi Nasi Ayam

Sekarang nie kena simpan resepi semula dalam blog. Senang tulis kat buku penuh pastu tak tau duduk kat mne buku tu....
Masuk blog senang boleh kongsi bersama2 pembaca yang mencari2 resepi. Resepi nie pun kebanyakannye lynn minta ngan org. Ada yang lynn buat, ada yang minta saja...hihihihi...

Jom kita tengok bahan2 dan cara buat nasi ayam. Nasi ayam yang akan dijadikan menu utama untuk jamuan hari raya kat umah lynn, insya Allah....

Nasi

~ Bawang Putih "
~ Bawang Merah "
~ Halia "
~ Kuib Ayam @ Stock Ayam
~ Majerin
~ 4Sekawan (rempah menumis)
~ Garam 
~ Beras (semestinye) < basuh >
     
      ( Bahan bertanda " kisar)

 * Panaskan majerin, masukkan rempah menumis (4 sekawan), tumis bahan kisar, masukkan kiub @ stock ayam, masukkan garam dan akhir sekali masukkan beras dan air.

Ayam

~ Bawang Putih "
~ Halia "
~ Sos Tiram
~ Kicap Manis
~ Garam 
    
    ( Bahan bertanda " kisar)

* Basuh ayam, masukkan bahan kisar, sos tiram, kicap manis dan garam. Perap ayam selama 1jam@semalaman

Sup

~ Tulang Ayam
~ Bawang Putih '
~ Bawang Merah '
~ Halia '
~ Kiub @ Stock Ayam
~ 4 sekawan (rempah menumis)
~ Minyak
~ Garam
~ Air

    ( Bahan bertanda ' dihiris halus)

* Panaskan minyak, tumis 4sekawan, masukkan air, kiub@stock ayam, dan garam

Sos Sambal

~ Cili Merah "
~ Bawang Merah "
~ Bawang Putih "
~ Asam Jawa
~ Sos Cili
~ Gula n Garam

  ( Bahan bertanda " kisar)

* Campurkan semua bahan dan kacau sebati

Sos Kicap

~ Kuah Sup
~ Sos Tiram
~ Sos Cili
~ Kicap

* Campur semua bahan dan kacau sebati


## Sory takde sukatan. Yang bagi resepi pun main campak2 je. Dan anggaran untuk makan 50-60 org.
## Agak2 korang faham tak
## Tak faham boleh tanya
## Lynn pun baru first time nak buat nasi ayam
## Tgk bahan dan cara masak macam senang dan mudah je.
## Jomlah kita cuba sesama
## Nanti lynn buat entri mengenai Rumah Terbuka Lynn



Jumaat, 31 Julai 2015

Sukatan Cawan - Gram - ML

Kat sini lynn kongsikan bersama-sama sukatan bg memudahkan kita semua. Lynn pun bukan pandai sgat yg nie pun lynn 'copy & paste' dari fb tak ingat fb apa sbb copy dah lama. Nie br berkesempatan untuk edit semula. Senangkan nak tgk mudah jgk untuk lynn yg tak berapa reti nak menyukat.

sukatan cawan - gram - ml
Ini adalah sukatan yang biasa kita gunakan di malaysia untuk menyukat bahan2 pepejal & cecair.
TEPUNG
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram
GULA KASTOR
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
MENTEGA
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram
CECAIR
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan = 1000 ml @ 1 liter
Sukatan tsp, tbsp , cup, ml, oz
48 tsp = 16 tbsp = 1 cup = 237 ml = 8 oz
36 tsp = 12 tbsp = 3/4 cup = 177 ml = 6 oz
32 tsp = 11 tbsp = 2/3 cup = 158 ml = 5 oz
24 tsp = 8 tbsp = 1/2 cup = 118 ml = 4 oz
16 tsp = 5 tbsp = 1/3 cup = 79 ml = 3 oz
12 tsp = 4 tbsp = 1/4 cup = 59 ml = 2 oz
6 tsp = 2 tbsp = 1/8 cup = 30 ml = 1 0z
3 tsp = 1 tbsp = 1/16 cup = 15 ml = 0.5 oz
Sukatan g, kg, oz , pound
1 oz = 28 grams
1 gram = 0.035 oz
1 pound = 454 grams
500 grams = 1.10 pounds
100 grams = 3.5 oz 1 kilogram = 2.205 pounds
1 kilogram = 35 oz

Kawan2 berminat utk share silakan, Copy & paste pun boleh takde masalah. Kita kongsi bersama2.

SEDIKIT ILMU BILA BERKONGSI BANYAK MAAFAATNYA....


Isnin, 13 Julai 2015

Bab 3 - Jejalan Di Setia City Mall

Bab 3 (Bahagian gambar dinding, jam dan cermin)

Ada bahagian gambar dinding, jam dan cermin. Semua cantik2 belaka. Pelbagai design, corak dan bentuk. Gambar dinding mmg cantik, boleh letak dekat ruang tamu, ruang makan, nak letak dlam bilik tidur pun boleh(kena tengok design la). Meh kita cuci mata.


 




Pelbagai jenis corak jam

Design cermin
Banyak lagi sebenarnya.
Pilih je mana nak, amik pastu bayar la, apa lg. Tunggu lynn kemas umah dulu pastu br beli gambar dinding, jam kat umah pun patut kena tukar dah sbb jam hadiah kahwin.

BAB 4

Macam2 bahagian dan satu kawasan, ada kawasan bunga hiasan, bahagian pasu2, rak2 hiasan, bahagian untuk kotak2, bahagian langsir. Ish mcm2 bahagian la. tak sempat nak gie sbb dah nak berbuka takut tempat duduk kat foodcourt takde. Nanti lynn nak gie lagi tak puas rasanye, tak dpt beli, dapat tengok pun jadi la.
Puas hati dpt gie Setia City Mall, atlast klu org bercerita lynn tau la sikit2.

**cukup la setakat nie
** sory klu banyak gambar, lynn tak reti sangat nak mengarang.

Bab 2 - Jejalan Di Setia City Mall

BAB 2 (bab yg paling best)

Kita beralih pulak ke tempat yg lynn suka. Pelbagai design wallpaper. Harga hanya RM19.90 untuk 10m x 45cm dan RM59.90 untuk 10m x 53cm. Jom kita cuci mata, mmg rambang mata duk kat sini.






Yg 45cm x 10m hanya RM19.90
Yg nie 53cm x 10m Hanya RM59.90



Macam2 corak ada kan. Lynn tak beli pun, just tengok2 je, lepas raya baru nak beli. Nak pasang wallpaper nie perlukan kesabaran, kena teliti. Wallpaper yg 10m x 45cm tu dah siap ada pelekat so just buka pelekat dan tampal.


Jejalan di Setia Mall Klang

11 Julai 2015

BAB 1

Untuk menghilangkan kebosanan lynn ajak ina (kawan baik ke nie) jejalan ke Setia City Mall klang. Kebetulan ina tak balik Klang minggu nie so dia pun teman kan lynn. Lynn mmg teringin nak gie Setia City Mall bukan apa pun just nak gie kedai Kaison. Org kata kat situ banyak wallpaper yg murah2. Sekarang kan kegilaan untuk pasang wallpaper kat dinding umah. Lynn pun teringin jgak nak pasang, so kita gie tengok2 dulu.

Alhamdulillah sampai jgak lynn ke Setia City Mall. First time bawa kereta gie shopping jauh macam tu. Sebenarnye lynn takut jgak nak driver ke sana sbb faham2 je la highway shah alam tu banyak kereta dan lori seriau jgak hati nie.

Sampai kat shopping complex kami round dulu, kedai first gie Daiso kononnye nak jejaln je tapi terbeli jgak bekas nak letak Tasbih Mini lynn tu, hari tu masa kat Ioi Mall Putrajaya dah beli tapi yg kecil kali nie beli yang besar sikit. Lepas tu ternampak pita pengukur boleh guna utk ukur dinding umah.

OK la kita cerita pasai Kaison pulak la. Kedai nie baru buka banyak jgak la tempat yg kosong. Jom ok masuk gambar yg sempat di ambil.....

First kita masuk gambar ngan anak patung, dari sebesar2 bear ke sekecil2 bear (tapi tak semua la, penuh pulak memory tefon HTC lynn)





Geram je ngan duck nie, rasa nak beli tapi bukan keperluan hanya keinginan
So abaikan kita peluk je dah cukup



Bear nie yg paling besar kat sini.

Yg nie nanti klu ada duit lebih kita nak beli satu.

Ikutkan banyak sangat anak2 patung kat sini, ada bentuk tembikai, pisang, doreamon, bear mcm2 saiz ada. Bantal pun mcam2 bentuk dan saiz tapi lynn tak amik gambar pun, just tengok je. Harga lynn tgk paling mahal pun yg bear besar tu dlm RM160.


** Sambung bab 2 pulak.

Selasa, 7 Julai 2015

Tasbih Mini (33biji)

Tempahan untuk Tasbih Mini masih dibuka dan harga sudah diturunkan bukan sebab takde permintaan tapi setelah dikira kos dan sedikit keuntungan harga itu sudah mencukupi.

Anda boleh memilih warna pilihan@kesukaan@kegemaran@tema majlis anda nanti (InSya Allah, lynn akan usahakan mencari warna2 tersebut). Untuk design anda jgak boleh memilihnye.
Nanti lynn upload gambar manik. Ada 2saiz 8mm dan 4mm.

Harga terbaru...

Borong minimum 50pcs

50utas - RM1.80
100 - 251 utas - RM1.50
250 - 500 utas  - RM1.10

501 - 750 utas - RM1.00
751 - 1000 utas - RM0.90

**Postage ikut berat(boleh dirunding)

**COD Putrajaya, Bangi, Dengkil dan kawasan berhampiran

Gabungan Warna Manik Yang Telah Disiapkan

Gabungan Purple dengan Putih

Gabungan Pink dengan Coklat

Gabungan Putih dengan Coklat

Gabungan Pink dengan Purple

Gabungan Hijau dengan Gold

Gabungan Hitam dengan Putih

Gabungan Silver dengan Biru Turqoise