Rabu, 12 November 2014

Percutian 3hari 2malam

Tarikh - 9-11 November 2014
Destinasi - Pulau Pangkor, Perak
Pengangkutan - My Pakwe (Alza)
Penginapan - Pangkor Inn Chalet, Teluk Nipah
Bersama - Fendi n Yhang

Jadual :-

9 November 2014

6.15pagi               - Bergerak dari putrajaya
                                  (melalui lebuhraya PLUS – Putrajaya keluar Bidor)
                                 Perjalanan dalam 4-5jam smpai jeti Lumut
12.00tgh               - Dijangkakan tiba di Jeti Lumut.
                                - Cari Parking berbumbung
                                - Makan tengahari
                                - Beli tiket feri (RM10 Seorang) 
2.30ptg                 - Check In di Pangkor Inn Chalet               
Malam                  - Aktiviti Bebas

10 November 2014

7.00pagi               - Sarapan
Pagi                        - Snokerling
Petang                  - Melawat tempat2 bersejarah
       (2biji moto)
Malam                  - Aktiviti Bebas

11 November 2014

7.00pagi               - Sarapan
12.00 tghari         - Check Out Chalet
                             - Shopping
Kul1.00                  - Gerak balik KL
Malam                  - anta u all balik umah la


**masa lebih kurang je la…..
**2Bilik, 2kali Sarapan, Snokerling – RM160 seorang
** Tol – Pergi Balik RM45 – RM15 Seorang
-          Putrajaya ke Bidor – RM22.50
-          Bidor ke Putrajaya – RM22.50
** Minyak – RM 150 – seorang RM50
                       (anggaran sahaja)    
**Parking di Jeti Lumut – RM30 (2mlm) – RM 10 Seorang
## Semua dalam RM235 Seorang (anggaran – Lebih topup sama2..hihihihi…)
**Makan kita kira lain.  


## nanti kita msukkan gambar2 yg telah di ambil
##yang tak best kemeraku tertinggal, so gambar tak banyak n banyak guna tefon si fendi n yhang je, tefon kita gambar tak cantik.

Jumaat, 7 November 2014

Fasa 1 @ induction

Makanan Yang DIHARAMKAN

Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, teh, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.

10.Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11.Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice.Fasa 1: Induction (20gram carb / sehari)

Carb = Karbohidrat


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini.

Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

ELAKKAN :

1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi,100plus, etc).

6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

10.Elakkan SOS & Kicap

11.Kurangkan makanan berproses(burger, hotdog)

12.Elakkan pengambilan kopi

BOLEH MAKAN:

1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat yang tinggi.

5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9. Pizza? Makan topping sahaja.

10.Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. JANGAN PONTENG MAKAN.


PERINGATAN

Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak.

Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, itu tak kira lagi gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Sentiasa perhatikan label makanan bagi setiap makanan anda. Terutamanya yang berbentuk segera dalam tin atau paket. Kebanyakan ada yang 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram!30 gram karbohidrat itu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga. Lemak akan hilang sedikit sahaja.

Cuba bayangkan jika anda makan atau minum 3 kali sehari, maka sudah jadi 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat.

Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi karbohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.

Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Peringatan sekali lagi untuk

Fasa 1: Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. 

Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. (Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.)

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Khamis, 6 November 2014

JOM KENALI APA ITU PLATEAUS DALAM DIET KITA


TAHUKAH ANDA???
APAKAH FAKTOR Plateaus ( Penurunan Berat Mendatar ) ???

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH INI???

Sesetengah orang mungkin akan berputus asa dan berhenti berdiet dan menganggap program diet tersebut gagal atau tidak sesuai dengan mereka. Anda tidak harus berputus asa dan tetap berdiet dan cuba mengatasi masalah ini. Dibawah ini saya senaraikan beberapa faktor yang menyebabkan penurunan mendatar dan cara mengatasinya.


Adalah perkara biasa sekiranya penurunan anda tiba-tiba menjadi perlahan atau berhenti selepas seminggu atau dua minggu anda berdiet ia boleh berlaku untuk beberapa hari atau minggu. Ini terjadi kerana Faktor kecekapan tubuh. Pada permulaan anda berdiet badan anda tidak cekap dan memerlukan tenaga yang banyak walaupun untuk melakukan perkara-perkara kecil maka badan anda akan membakar lemak dengan banyak dan penurunan juga akan menjadi laju. Tetapi semakin lama anda berdiet badan anda semakin cekap, Hanya sedikit tenaga yang anda perlukan untuk melakukan perkara berat oleh itu pembakaran lemak akan jadi perlahan dan penurunan berat juga akan menjadi mendatar. Apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan aktiviti seperti bersenam untuk meningkatkan pembakaran lemak. Pada tempoh seperti ini anda ‘HARUS BERSENAM’ untuk mendapatkan kembali penurunan berat badan yang tinggi.

Beberapa faktor yang juga menyebabkan penurunan menjadi perlahan / mendatar.

1. Anda masih mengambil berlebihan karbohidrat daripada yang di syorkan.

Anda harus berhati-hati dengan karbohidrat tersembunyi. Berhati-hati dengan salad dressing, kekacang, sos,kicap, kuah atau gravy lamb/chicken chop, yong tau fu, buah-buahan yang rendah karbohidrat,sayuran berkanji dan pemanis tiruan. Lakukanlah ujian ketosticks secara kerap untuk memastikan anda tidak terlebih mengambil kabohidrat.

2. Anda berlapar atau makan tidak tetap waktu.

Sekiranya anda berlapar badan anda secara semula jadi akan berhenti membakar lemak untuk memastikan badan terus hidup lebih lama kerana badan anda fikir sudah tiada makanan lagi untuk anda. Anda tidak seharusnya berlapar lebih dari 6 jam ketika berjaga, makanlah 3 kali sehari atau lebih untuk memastikan badan anda terus membakar lemak dan meninggikan metabolisma badan.

3. Badan anda membakar lemak disamping membina otot.

Sekiranya anda sudah lama tidak bersenam atau anda bersenam buat pertama kali, kemungkinan besar badan anda sedang membina Jisim otot. Jangan panik sekiranya jarum penimbang anda tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anda menggunakan alat penimbang yang mengukur komposisi badan. Anda mungkin dapat melihat atau merasai perubahan bentuk badan anda atau saiz pinggang yang semakin mengecil. Oleh itu disyorkan anda memilih senaman jenis cardio atau aerobic bukannya senaman yang membina otot atau anaerobic.

4. Anda mengambil terlalu banyak protin untuk satu masa.

Anda tidak seharusnya mengambil protin dengan banyak pada satu masa kerana jika protin terlalu banyak badan kita juga boleh menukarkannya kepada tenaga dan ini akan mengganggu pembakaran lemak. Cara yang terbaik ialah dengan makan dengan saiz yang kecil tetapi kerap iaitu 4 atau 5 kali sehari. Anda juga harus cuba makan dengan perlahan kerana otak mengambil masa 20 minit untuk menghantar ‘ Sign’ kenyang ke tubuh.

5. Anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen yang menghalang pembakaran lemak.

Penurunan juga mungkin akan menjadi agak perlahan sekiranya anda ada mengambil beberapa ubat-ubatan dibawah. Carilah alternative bagi menggantikan ubat tersebut atau rujuk kepada doctor anda.
Ubat untuk penyakit darah tinggi seperti deuratics atau dikenali sebagai beta blockers.
Ubat hormon seperti Pil perancang kehamilan, Estrogen dan juga ubat pengganti hormon yang lain (HRT - Hormone Replacement Therapie) seperti estradiol,estropipate dan progestins.
Collagen- minuman, pil, mandian atau sapuan ( cream ) yang mengandungi collagen mungkin merupakan penyebab kepada penurunan berat badan perlahan.
NSAIDs ( Nonsteroidal inflammatory Drugs ) yang biasanya digunakan untuk merawat sakit kepala, kecederaan ringan akibat bersukan, dan Kesakitan ketika Haid. NSIDs biasanya terdapat dalam beberapa jenis aspirin biasa kita gunakan.
Statin atau ubat untuk megurangkan kolestrol.
Anti depressant terutamanya SSRI ( Selective Serotonin reuptake inhibitors ). SSRI biasanya digunakan untuk merawat masalah kemurungan. Malahan ianya juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, cirit-birit, sukar tidur, ruam dan menyebabkan kenaikkan berat badan.
- Steroids seperti prednisone. Kita mungkin menggunakan ubat-ubat yang mengandungi steroid tanpa sedari. Steroid biasanya terdapat di dalam bentuk pil, cream, cecair, semburan atau lain-lain yang biasanya di gunakan untuk merawat penyakit seperti, asthma yang teruk, alahan kulit seperti ruam, dan keradangan usus.

6. Anda kurang minum air kosong.

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air yang cukup diperlukan untuk pembakaran lemak yang optimum dan perkumuhan pembakaran ataupun ketone yang di keluarkan melalui air kencing. Kekurangan air akan melambatkan pembakaran lemak dan menyebabkan penurunan mendatar.

7. Sembelit

Sembelit akan menyebabkan metabolisma menjadi rendah ini akan menyebabkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Anda boleh mengambil fibermax ( dari pengedar anda) atau apa-apa jenis fiber atau physsilium Husk yang tidak berperisa ( boleh didapati dari farmasi ) untuk mengatasi masalah ini. Atau anda hanya perlu tingkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau didalam menu anda.

8. Haid atau period bagi wanita

Ketika didatangi Haid tiada tindak balas kimia berlaku didalam badan dan tidak akan membakar lemak.Jangan risau ini adalah normal dan badan anda akan kembali membakar lemak selepas habis tempoh berdiet. Pastikan anda menjaga diet anda kerana ketika tempoh haid badan akan ketagihan karbohidrat dan gula.

9. Terlebih mengambil pemanis tiruan

Anda mungkin sukar berhenti mengambil pemanis ketika permulaan berdiet. Pastikan anda mengambil kurang dari 3 paket pemanis tiruan sehari kerana 1 paket pemanis tiruan biasanya mengandungi 1 gm karbohidrat. Cubalah mengurangkan pengambilan pemanis tiruan dan berhenti mengambilnya secara berperingkat.

10. Anda mengambil Kafien

Kafien member kesan kepada gula didalam darah dan menyebabkan anda ketagihan karbohidrat. Anda boleh mencuba minuman ‘decaf’ atau nyah caffien tanpa gula untuk menyelesaikan masalah ini.


Copy n paste...Sharing is caring .

Selasa, 4 November 2014

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh


Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

1: Kulit lebih lembut dan halus;

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2: Melancarkan peredaran darah;

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3: Meningkatkan kesuburan;

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4: Mengurangkan risiko darah tinggi;

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5: Mengurangkan tekanan serta tenang;

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6: Meningkatkan sel darah putih;

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


* Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
* Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..
* Jom kita amalkan bersama

14 Kemulaian Wanita Muslimah yang sedang Hamil


1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titik susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.


► Subhanallah...
► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya....

**Semoga suatu hari, lynn diberi kesempatan untuk hamil.....Minta tolong doakan utk lynn dan suami.

Sabtu, 1 November 2014

Diet Atkins

Apa Itu DIET ATKINS?

Mula-mula kenalah tahu apa itu Atkins kan? Nama Atkins ni diambil sempena dengan pencipta program ni iaitu Dr. Robert C. Atkins. Kurus ker dia? Ntah...Dia cipta program ni pada tahun 1963, jadi korang rasa dia hidup lagi ker tak kalau-kalau nak tengok dia kurus ke tak?
Dia buat program ni bukan memain wooooo. Siap buat kajian-kajian lagi. Dan ada banyakkkk lagi kajian berkenaan Atkins ni.

KONSEP ATKINS DIET.


Konsep mudahnya ialah MENUKAR badan kita daripada PEMBAKAR KARBOHIDRAT (GULA) kepada PEMBAKAR LEMAK untuk dijadikan tenaga. Proses ini dinamakan KETOSIS. Proses nak dapatkan ketosis tu ambil masa 2 hari tapi ingat...jika gagal, sekelip mata jer nak batalkan ketosis tu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan ketosis merajuk. Heheheheh

MACAM MANA NAK JADI KETOSIS?

Secara ringkasnya, selama ini badan kita bakar karbohidrat daripada makanan yang kita makan setaip hari. Nasi, gula, roti, pizza, kuih muih, kek, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi. Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan mcm ayam gorenglah, ikan gorenglah, daging pangganglah dan macam-macam. Tapi, yang dibakar karbohidrat jer...lemak terbakar tak? Non adooooo. Makin kita tambah adalah. Nak nak plak orang yang kadar metabolismanya rendah. Huh, makin montellll lah kita yangggg. JADI, kita jangan bagi badan kita makan karbohidrat. Bila body dah tak dapat bahan bakar iaitu karbo ni seperti biasa maka dia akan cari alternatif lain untuk di bakar. Maka, dia gi lah bakar lemak plak untuk dijadikan tenaga. Macam ner pun dia kena gak membakar kan. Aish..membakar jer kerja dia. Kita bako! Kita bako!..uish, emo.

CARA-CARANYA (macam resepi plak ek)

Ada 4 Fasa dalam Atkins ni iaitu :-

Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)
Fasa 2 : Ongoing Weight Loss [OWL] (Susut Berat Badan Berterusan)
Fasa 3 : Pre-Maintenance (Pengekalan Awal)
Fasa 4 : Lifetime Maintenance (Kekal Seumur Hidup -gempak jer bunyinya kan)