Mula-mula kenalah tahu apa itu Atkins kan? Nama Atkins ni diambil sempena dengan pencipta program ni iaitu Dr. Robert C. Atkins. Kurus ker dia? Ntah...Dia cipta program ni pada tahun 1963, jadi korang rasa dia hidup lagi ker tak kalau-kalau nak tengok dia kurus ke tak?
Dia buat program ni bukan memain wooooo. Siap buat kajian-kajian lagi. Dan ada banyakkkk lagi kajian berkenaan Atkins ni.
KONSEP ATKINS DIET.
Konsep mudahnya ialah MENUKAR badan kita daripada PEMBAKAR KARBOHIDRAT (GULA) kepada PEMBAKAR LEMAK untuk dijadikan tenaga. Proses ini dinamakan KETOSIS. Proses nak dapatkan ketosis tu ambil masa 2 hari tapi ingat...jika gagal, sekelip mata jer nak batalkan ketosis tu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan ketosis merajuk. Heheheheh
MACAM MANA NAK JADI KETOSIS?
Secara ringkasnya, selama ini badan kita bakar karbohidrat daripada makanan yang kita makan setaip hari. Nasi, gula, roti, pizza, kuih muih, kek, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi. Karbohidrat pun kita makan, lemak pun kita makan mcm ayam gorenglah, ikan gorenglah, daging pangganglah dan macam-macam. Tapi, yang dibakar karbohidrat jer...lemak terbakar tak? Non adooooo. Makin kita tambah adalah. Nak nak plak orang yang kadar metabolismanya rendah. Huh, makin montellll lah kita yangggg. JADI, kita jangan bagi badan kita makan karbohidrat. Bila body dah tak dapat bahan bakar iaitu karbo ni seperti biasa maka dia akan cari alternatif lain untuk di bakar. Maka, dia gi lah bakar lemak plak untuk dijadikan tenaga. Macam ner pun dia kena gak membakar kan. Aish..membakar jer kerja dia. Kita bako! Kita bako!..uish, emo.
CARA-CARANYA (macam resepi plak ek)
Ada 4 Fasa dalam Atkins ni iaitu :-
Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)
Fasa 2 : Ongoing Weight Loss [OWL] (Susut Berat Badan Berterusan)
Fasa 3 : Pre-Maintenance (Pengekalan Awal)
Fasa 4 : Lifetime Maintenance (Kekal Seumur Hidup -gempak jer bunyinya kan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan