Selasa, 26 November 2013

Pilihan

Bulan nie lynn dapat duit "KUTU". Duit kutu nie main dengan kawan2 ofis seorang seratus sebulan....ok la 10bulan dpt la seorang seribu....Bg lynn main kutu nie lebih kepada menyimpan.....
Untuk tahun nie punye "KUTU" tak tau nak buat apa....
Lynn ada 4 pilihan untuk dipilih...tolong kawan2 pilih yang mana harus di utamakan....

  1. Beli Emas (Kepingan @ Gelang tangan)
  2. Beli Basikal utk senaman petang @ malam
  3. Buat modal niaga
  4. Simpan je la....
Tolong kawan2 semua........
Sekali fikir pening jgak kepala nie

Ahad, 24 November 2013

Menu hari nie

Hari nie rasanye nak masak ayam masak lemak, ikan cencaru goreng n sayur campur....Cukup la tu...lagi pun lynn bukan pandai sangat nak masak....cik hubby kerja tak tau la balik ke tak makan, tak kesah la, nak balik balik, taknak balik takde paksaan......
Cik hubby asik bekerja je..OT...OT...OT....

Sabtu, 23 November 2013

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum.....
Hari lynn kongsi resepi Asam Pedas Ikan Pari......sebenarnye lynn bukan pandai sgat masak nie......lepas search kat cik google jumpa la resepi nie, tapi sebelum nie pernah tgk mother in law masak(MIL suka masak ikan tenggiri)....tiap kali masak msti tak jadi....
Jadi hari masak lagi sebab dah lama tak masak asam pedas, hubby mmg suka makan asam pedas......


Bahan-bahannya:

500 gm ikan pari - dibersihkan & dipotong
3 sudu besar minyak untuk menumis
700 ml air @ jika mau pekat kurangkan
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar air asam jawa
garam & gula secukup rasa
6 ulas bawang - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 cm halia - tumbuk
1 cm belacan -tumbuk
2 cawan cili kering mesin
7 biji kacang bendi
Daun kesum & bunga kantan jika suka

Cara-cara memasaknya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan serai dan air, air asam jawa dan ikan pari.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  5. Masukkan kacang bendi, daun kesum & bunga kantan jika suka.
  6. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  7. Angkat dan hidangkan
Dah siap masak.....menu hari nie hanya asam pedas ikan pari n ikan cencaru goreng sebab adik tak makan ikan masak berkuah....... 
LUPA NAK AMBIL GAMBAR.......Habis licin..........

Jumaat, 22 November 2013

7 Petua Mewujudkan Keluarga Bahagia

Jom lynn kongsi apa yang lynn dapat semasa lynn menghadiri kursus Keluarga Bahagia....

1. Niat, cita-cita dan harapan.
## Hidup berteraskan agama, miliki niat, cita-cita dan harapan mulia di sisi Pencipta.

2. Tetapkan Pelan Perlindungan
## Keselamatan, kesihatan dan kewangan

3. Berjemaahlah
## Solat, mengaji, makan, balik kampung dan berziarah.

4. Amalkan Syura
## Bercuti dan meraikan ahli keluarga , saudara-mara dan sahabat handai

5. Berkomunikasi
## Berasaskan kasih sayang dan saling hormat menghormati

6. Berhikmah
## Mentarbiyyah bukan menghukum

7. Toleransi dan saling hormat menghormati
## Sesama ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat seluruhnye.

Ini je yang dapat di kongsi...Banyak lagi sebenarnye tapi nanti lynn masukkan lagi....


Kenali Diri

Keboringan melanda....
Kekurangan kerja.....
Ketepatan masa.....
Kesabaran.......
Keserasian.......
Keramahan.......

Banyak yang perlu aku belajar tapi aku adalah org yang pendiam dan hanya akan berbual apa bila sudah mengenali seseorang itu....
Aduh apa yang harus aku lakukan...tak reti nak bercakap dan berbual, kelu lidah bila nak berkata-kata...
Satu lagi aku ini suka berfikiran yang negatif. Belum apa-apa dah fikir yang bukan-bukan.....
1. Aku perhatikan diri aku nie suka memberi tapi tak suka meminta, so pandai2 la seseorang tu fikir dan ingat apa yang telah aku beri..
2. Aku mudah merasa kesian kat seseorang, tapi orang tak pernah nak kesian kat aku (@ aku yg perasan)
3. Mudah merasa bersalah tapi agar sukar @ lama untuk menyatakan maaf...
4. Aku akan simpan perasaan demdam @ apa sahaja yang menyakitkan @ yang aku tak suka. Bah kata lain aku tak suka meluahkan perasaan
5. Suka berniaga tetapi tak suka berniaga ngan kawan2 rapat (promot) tak tak berkesan diaorang nanti diaorang salahkan saya pulak....
6. Susah utk bertentangan mata



(Nasib baik lah aku dapat seorang suami yang peramah so riuh la rumah tangga kami ~ klu dua-dua pendiam maka macam duduk dalam gua la kami)

Rabu, 6 November 2013

Aktiviti Harian Bertukar

1 nov start kena tukar tugasan kerja...
so lepas nie semua aktiviti harian terpaksa bertukar..
klu selalu boleh tido apabila takde kerja @ setelah selesai semua kerja tapi sekarang terpaksa bersengkang mata sampai petang. Nak tido tak boleh sebab meja kerja berada di lalu org ramai....

Hari Pertama
~ habiskan kerja yang sedia ada di tempat lama n petang br kemas barang n tukar tempat
~ ok la takde kerja lg nak kena buat, just tgk2 je dulu

Hari Kedua
~ Mula belajar cara2 kerja, bagaimana nak semak cek, no akaun dan sebagainye...
~ ok la senang jgak la dan nasib baik aku cepat belajar, so memudahkan jgak la...
~ mcm2 belajar guna sistem

Hari Ketiga
~ dapat banyak batch....
~ tapi disebabkan aku dah pernah buat batch dlm kerja sebelumnye so aku tahu la sikit apa yang perlu aku tgk
~ dlam kul 11.40 kerja aku semua dah siap...aduhai..boring dah menjelma...mulut pun dah mula menguap2, mata pun mula minta untuk dipejamkan....
~ sabar je la..menunggu masa ke pukul 1, untuk mata dipejamkan sementara waktu smpai kul2....