Bahan
½ Ekor Ayam – Di potong kecil
4 sudu besar rempah kari ikan*
2 sudu besar rempah kari daging* (bancuh dengan sedikit
air)
1 keping asam keping
1 kuib pati kuib ikan bilis knorr
2 cawan santan pekat
5 cawan air
1 cawan isi kerang
Garam dan sedikit gula
½ cawan minyak masak utk menumis
2 keping fishcake
10 ketul fish ball
Bahan utk kisar
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 sudu cili kisar
2 sudu besar udang kering – cuci, rendam dan toskan
Bahan utk tumis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawing
2 biji buah pelage
2 tangkai daun kari
1 batang serai – diketuk
Bahan Mee
1Kilo mee kuning dicelur dan ditoskan
Daun bawang & Daun Sup – Dipotong
2 keping Tauhu digoreng dan dipotong nipis
4 biji telur direbus
Cili merah @ cili jeruk
Sawi dan Tauge dicelur
Limau kasturi
Bawang goreng
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis.
Masukkan pulak bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari ayam dan daging, kacau sehingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan Ayam
yang dicincang dan biarkan empuk.
Masukkan air, kerang, fish cake, fish ball, serbuk pati
ikan bilis dan asam keping, Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah memdidih
masukan santan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.