- Udang - 30ekor
- 2 ulas bawang putih
- 1bj bawang merah
- 6 - 10biji cili api (nak pedas tambah la lagi...)
- 6 helai daun kari
- 1/2 sudu serbuk kari - taknak bubuh pun takpe
- 3/4 tin susu cair (ikut citarasa masing2, nak manis n lemak)
- 1/2 kiub ayam, terpulang nak bubuh ke taknak
- 3 sudu butter
- 1keping keju cheedar
- gula secukup rasa - nak manis bubuh lebih
- tepung jagung secukupnya
Cara-cara
- Kupas udang, basuh dan toskan. Campurkan tepung jagung dengan garam dan sedikit serbuk kari @ tambah serbuk kunyit untuk kelihatan kekuningan. Gaul udang bersama2 tepung. Perap seketika @ terus goreng. Jangan lama2 nanti udang keras@hilang rasa. Asingkan
- Panaskan kuali, cairkan butter, tumiskan daun kari, bawang dan lada.
- Masukkan serbuk kari, gaul bagi masak.
- Masukkan susu cair dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
- Masukkan keju cheedar dan gula.
- Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng.
**Klu taknak udang melekat ngan kuah Butter, tuang kuah butter atas udang semasa menghidang.
**Hidang dan makan sementara masih panas - butter sejuk melekat dan rasa sedikit muak
** Selamat Mencuba
#moodmalasnakblogger
#moodmasakpuntakde
#masakmasaprogrambbqbersamakeluargamertua