Rabu, 20 Januari 2016

12M - Panduan @ Petua Berhenti Merokok

Keadah berhenti merokok

# Pelajari kaedah yagn betul. Banyak feadah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan
# Tetapkan tarikh untuk berhenti dan yakin diri. Selain itu anda boleh membuat nota pengingatan dan katakan pada diri anda " saya bukan perokok".
# Setiasa berfikiran positif serta dapatkan sokongan dari rakan @ pakar. 

Anda juga boleh menggunakan terapi pengganti nikotin selain mengamalkan : 

Panduan @ petua Berhenti Merokok 12M
  1.  Melengah-lengahkan ; Tunggu lima minit @ katakan nanti sebentar
  2. menarik nafas panjang : Tarik nafas tiga kali secara pelahan-lahan
  3. minum : terutama minum air masak. elakkan minuman berkafein
  4. menyibukkan diri : buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan unutk melupaan rokok
  5. menjauhkan diri : jauhkan diri daripada orang yang merokok
  6. mengelakkan diri : elakkan daripada suasana @ situasi yang mendorong kepada merokok
  7. mengunyah sesuatu : kunyah seperti gula getah @ buah- buahan. Elakkan yang manis
  8. membasuh tangan selalu
  9. mandi dengan kerap
  10. meregangkan otot : lakukkan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. meditasi : bertafakur, berzikir mengikut amalan agama masing2
  12. memohon doa : berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

** Petikan daripada Berita Harian 20 Januari 2016
** Ditaip semula oleh Lynn


Berhenti Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit yang serius seperti barah paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar @ strok. Merokok juga boleh memberikan kesan kepada setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

# Merokok memberikan keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberikan kebaikan kerana asap yang dilepaskan oleh perokok juga memberikan kesan buruk kepada orang disekeliling terutama ahli keluarga.

# Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak yang tidak cukup bulan, kurang berat badan @ mati selepas dilahirkan. 

# Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok bolehsering sakit dengan mengalami batuk, selesema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah dan memdapat asma.

Demi diri dan keluarga

Apa feadah yang diperolehi dengan berhenti merokok

Keputusan berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.

Faedah yang diperoleh dengan berhanti merokok

  1.  Panjang umur
    • satu daripada dua perokok mati lebih awal disebabkan oleh penyakit berkaitan merokok
    • merokok membunuh hampir 5000 rakyat melaysia setiap tahun
  2.  Mengelakkan daripada bahan berbahaya
    • asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser
  3.  Mencegah penyakit
    • hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
    • barah paru-paru, sakit jantung, penyakit pasru-paru yang kronik, strok da ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  4.  Kehidupan lebih sihat
    • mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selesema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  5.  Mencegah keburukan kepada orang lain
    • apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang sekeliling di mana asap tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  6.  Menjadi contoh
    • apabila tidak merokok ia menjadi teladan kepada keluarga dan anak
    • mereka menjadikan anda sebagai contoh untuk tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat
  7.  Meningkatkan kecergasan
    • orang yang tidak merokok selalunya lebih cergas dan memiliki badan yang sihat.
  8.  Meningkatkan deria bau dan rasa
  9.  Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  10.  Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  11.  Menjimatkan wang
    • labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10 sehari, pelaburan >RM300 sebulan >RM3600 setahun. Jika melabur untuk 10 tahun anda sudah mempunyai RM36,000 dalam akaun simpanan).
  12.  Melindungi alam sekitar
    • puntung roko dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  13.  Meningkatkan kesuburan

** Petikan diambil dari Berita Harian 20 Januari 2016
** Ditaip semula oleh Lynn

Selasa, 5 Januari 2016

Permulaan Tahun 2016

Assalammualaikum semua sahabat2 di alam maya....

Belum terlewat rasanya untuk lynn ucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua. Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia Allah SWT ini. Semoga tahun ini memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua, diberi kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat.

Tahun lynn n suami masih lagi berdua (doakan kami memperoleh zuriat yang soleh dan solehah). Lynn harap tahun ini hidup lynn lebih bahagia, tenang dan dirahmati oleh-Nya. Tahun sekali lagi hanya mampu melihat anak2 org ke sekolah, alangkah seronok nye ibu bapa menghantar anak2 mereka. Semua anak2 ini dapat belajar dengan tenang dan  mudah menerima apa yang diajari oleh para guru.

Tahun 2016, tempat percutian yang pertama dikunjungi adalah Cameron Highlands. Itu pun sekadar untuk makan strawberry coklat (si suami melayan tekak si isteri). Kami gerak pagi dalam pukul 7 pagi dari Putrajaya sampai CH pukul 12tghari. CH boleh tahan jem dari Tanah Rata ke Brinchang hampir mengambil masa selama 30 minit, hakikat nya pada hari biasa hanya 10-15 minit sahaja. Tempat yang dituju adalah Big Red Strawberry Farm. Menu yang diorder, NO 31 - Strawberry Coklat, NO 17 - Walfe Aiskrim dan NO 8 - Strawberry Sundae. Dekat BRSF ini nak order makan kena sebut no klu tak mmg tak layan la. Lepas makan dlam kul 2 kami ke pasar tani CH, takde apa pun beli just sayur2 je. Kami turun CH dan menuju ke Kuala Selangor. Pukul 3 pagi bar sampai rumah di Putrajaya.

Isnin hari pertama kerja daln tahun 2016 sangat membosankan dan mengantuk giler. Hari pertama yang ada hanya lynn dan en.akmal. CC cuti, en mizi lewat sebab anta anak masuk sekolah, en fadzli pun katanye cuti jgak. Hari pertama ngan penutupan cafe, pagi2 dah mengeluarkan peluh berjalan untuk membeli makanan, tengahari kita habiskan masa ngan tido di meja.


* Seronok tengok orang anta anak2 ke sekolah
* Percutian pertama di Cameron Highland
* Bonus tahunan beli 1gram GoldBar ( #powergold)
* Usia makin berkurangan
* Nanti kita update lain tapi tak tau nak tulis apa. (banyak cerita tapi.....)
* Tingkatkan amalan di dunia untuk Akhirat.