Isnin, 21 Mac 2016

Udang Butter Milk

Bahan-bahan

  • Udang - 30ekor
  • 2 ulas bawang putih
  • 1bj bawang  merah
  • 6 - 10biji cili api (nak pedas tambah la lagi...)
  • 6 helai daun kari
  • 1/2 sudu serbuk kari - taknak bubuh pun takpe
  • 3/4 tin susu cair (ikut citarasa masing2, nak manis n lemak)
  • 1/2 kiub ayam, terpulang nak bubuh ke taknak
  • 3 sudu butter
  • 1keping keju cheedar
  • gula secukup rasa - nak manis bubuh lebih
  • tepung jagung secukupnya 
 Cara-cara
  1. Kupas udang, basuh dan toskan. Campurkan tepung jagung dengan garam dan sedikit serbuk kari @ tambah serbuk kunyit untuk kelihatan kekuningan. Gaul udang bersama2 tepung. Perap seketika @ terus goreng. Jangan lama2 nanti udang keras@hilang rasa. Asingkan
  2. Panaskan kuali, cairkan butter, tumiskan daun kari, bawang dan lada.
  3. Masukkan serbuk kari, gaul bagi masak.
  4. Masukkan susu cair dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan keju cheedar dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng.

**Klu taknak udang melekat ngan kuah Butter, tuang kuah butter atas udang semasa menghidang.
**Hidang dan makan sementara masih panas - butter sejuk melekat dan rasa sedikit muak


** Selamat Mencuba
#moodmalasnakblogger
#moodmasakpuntakde
#masakmasaprogrambbqbersamakeluargamertua

Jumaat, 12 Februari 2016

๐Ÿ’ฅPeluang dalam Power Gold๐Ÿ’ฅ


๐ŸŒžBiz EMAS ni belum banyak saingan.

Jadilah org yg terawal bila dah nampak peluang. Memang perlu masa utk berfikir tapi jgn lama sgt sebab nanti peluang tu diambil orang...

๐ŸŒž Jgn tunggu tengok kejayaan org lain dulu...nanti kita akan nyesal. Biz emas x kan rugi sebab sampi bila² pun xkan expired. ๐Ÿ‘๐Ÿ’ฅ

๐ŸŒž Powergold sediakan peluang yg bagus bagi sesiapa yg betul² nak ubah kewangan. Fikir²kan..

Dlm POWERGOLD kita tiada paksaan๐Ÿ™…๐Ÿ™…๐Ÿ™…๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐Ÿ™…TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB cari ahli

๐Ÿ™…TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB kena membuat belian bulanan

๐Ÿ™…TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk kita menjual produk

๐Ÿ™…TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk hadir ke seminar

๐Ÿ™…TIADA YURAN tahunan (kerana keahliaan adalah seumur hidup)

Disini....apa yg kita buat kita tentukan, sebab yang dapat adalah kita. ๐Ÿ“


SAVING


Kalau anda berniat untuk join, hanya kerana nak beli emas murah...anda sudah dapat untung, kerana berpeluang membeli emas dgn hrga yg murah dan berpeluang untuk membeli emas dengan harga lelongan apabila ia diadakan. ๐Ÿ˜

Kelebihan apabila anda buat belian, walaupn untuk diri sendri, company tetap bagi bonus untuk repurshace.

TRADING


Kalau anda berminat untuk menjual barang² emas. ๐Ÿ’๐Ÿ‘‘๐Ÿ’ŽANDA JUGA SUDAH UNTUNG๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ, kerana anda beli murah, anda jual harga pasaran.
Anda jugak diberikan bonus repurchase kerana belian anda, walaupun tujuan untuk dijual semula.๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ธ

NETWORKING


Kalau anda jenis yang suka bercerita dan memang hobi anda suka untuk membantu rakan lain di luar sana. ANDA sudah dapat komisen setiap kali rakan anda join keahliaan..๐Ÿ“๐Ÿ‘

DAN jgn lupa juga...bila setiap ahli di bawah anda buat pembeliaan, anda juga diberi bonus kerana mereka membuat repurchase.


Oleh itu, di Powergold...anda pusing lah ikut mana pun...ANDA TETAP UNTUNG dari pelbagai sudut..๐Ÿ’

Buatlah pilihan yg bijak utk masa depan anda dan keluarga...๐Ÿ’ช๐Ÿ‘๐Ÿ˜„


#berminat meh whatsapp lynn 019-9981664
#sayaahlisahpowergold
#powergoldputrajaya


100 Impian Kakakku

Semalam kakak minta lynn untuk copy kan 100 Impian dia dan emel kat kepada stokis JSD dia. Jenuh jgak la lynn taipkan 100 impian dia. Lynn harap semua impian dia tercapai. Nie lynn copykan semula impian tersebut. 2 yang terakhir lynn tolong tambah. 

100 impian saya.
Saya mohon Allah Perkenankan dan permudahkan 100 impian < MADZUIN AHMAD> yang disenaraikan ini

  1. bebas hutang
  2. beli stok niaga
  3. beli telefon canggih
  4. beli over besar
  5. beli mixer besar
  6. beli barang dapur
  7. beli mesin basuh
  8. beli tv
  9. besarkan rumah
  10. upah ustazah ajar ngaji
  11. beli barang dapur mak abah tiap bulan
  12. amik lesen moto
  13. amik lesen kereta
  14. beli moto
  15. beli kereta
  16. bawak anak2 makan luar
  17. bawak anak2 bercuti tempat yang best
  18. nak jelajah 1 malaysia
  19. nak belajar buat roti
  20. nak belajar buat kek
  21. nak beli lori
  22. nak bersedekah
  23. nak beli emas
  24. nak beli kasut anak2
  25. nak anta anak tuisyen
  26. nak beli spek mata
  27. nak bawa mak abah berubat
  28. nak beli apa sahaja yang mak abah nak makan
  29. nak beli supliment mak abah
  30. nak beli moto baru utk abah
  31. nak pakaian baru
  32. nak balik umah mak abah tiap bulan
  33. nak beli bot untuk suami
  34. nak beli sampan untuk suami
  35. nak beli ubat resdung
  36. nak beli ubat asma
  37. nak bantu adik beradik yang susah
  38. nak bawa mereka makan2
  39. nak bagi mak abah duit tiap bulan
  40. nak bantu suami
  41. nak selalu buat kenduri doa selamat dan arwah
  42. nak tukar sofa baru
  43. nak ada bilik untuk niaga
  44. nak ada kedai sendiri
  45. nak pandai baut fbads
  46. nak masak apa sahaja yang diingini
  47. nak pakai sedondon dengan adik2
  48. nak tukar langsir baru
  49. nak anak2 dapat no 1 dalan exam
  50. nak orang hargai apa jua yang saya buat
  51. nak ada duit dlam setiap akaun bank
  52. nak tukar laptop baru
  53. nak bg orang tau apa yang saya jual
  54. nak kawan dengan orang yang positif
  55. nak bercuti di Veitman
  56. nak mengerjakan solat ontime
  57. nak capai impian mak nak tengok anak2 berniaga
  58. nakbawak anak2 makan kfc
  59. nak masukkan anak2 ke asrama
  60. nak buka mata hati suami merestui cita2 saya 
  61. nak suruh suami percaya saya mampu bantu kukuhkan ekonomi keluargga
  62. raya cina ini nak balik umah mak abah
  63. pasang gray pintu n tingkap rumah
  64. pasang mozek lantai
  65. selesaikan hutang mak abah
  66. pasang econ dalam rumah
  67. taknak bagi anak2 cuti sekolah tahun ini
  68. nak masak sedap2 jika adik2 datang umah
  69. nak beli narita lagi
  70. nak tengok mak abah bangga punya anak yang berjaya
  71. nak kumpul 9adik beradik
  72. nak bergambar bersama keluarga raya ini
  73. kuatkan iman bersujud kepada Nya
  74. nak solat dhuha
  75. nak tukar tilam berkualiti
  76. nak cadar 5D
  77. nak buat tandas duduk
  78. taknak gaduh ngan suami
  79. setiap hari solat jemaah bersama keluarga
  80. nak tukar telekung anak2 dengan yang baru
  81. nak capaikan impian suami
  82. nak capaikan keinginan anak2 kecuali miliki gadget
  83. nak packing barang jsd banyak
  84. taknak dengar perkara yang negatif
  85. nak jadi isteri yang solehah
  86. nak jadi ibu yang terbaik untuk anak2
  87. nak sediakan bilik belajar yang lengkap untuk anak2
  88. nak main bowling dengan adik beradik
  89. nak beli seterika baru
  90. nak beli almari baju lagi
  91. nak masuk topup mak hari2
  92. nak beli kek hari jadi anak2
  93. takkan susahkan mak abah lagi
  94. nak beli baju banyak2
  95. nak cepat kumpul duit beli stok jsd
  96. nak pasang pagar rumah
  97. nak rakan2 doakan impian saya nak berjaya
  98. nak semua impian saya tercapai secepat mungkin
  99. bahagiakan diri sendiri keluarga dan semua orang
  100. ingin membawa keluarga (belah saya dan belah suami) mengerjakan Umrah dan Haji

SEGALANYA MUNGKIN JIKA SAYA BERUSAHA 110% TANPA ALASAN
ALHAMDULILLAH SIAP JUGAK SENARAI IMPIAN SAYA
TERIMA KASIH

Kalau tengok dan baca impian nie sangat la simple dan mesti orang kata takkan la semua nie tak boleh tercapai. Bagi orang yang berkemampuan impian nie umpama benda yang senang dan mudah sahaja mereka lakukan. Dan bagi mereka yang berkemampuan mungkin takde satu pun impian yang ada nie ada didalam mereka punya senarai. Tapi bagi kami yang tidak berkemampuan impian nie sangat bermakna dan memberi erti didalam kehidupan kami. Begitu sukar untuk dicapai dan banyak dugaan dan cabar yang harus ditempuhi. Saya berharap kami semua dapat mereliasasikan impian nie. Walaupun impian nie kakak lynn yang punye tapi ada jgak yang impian lynn sama seperti nye.

#nanti lynn up impian lynn pulak, rasanya lynn pun amik massa untuk senaraikan semua 100 impian.
#100 impian nampak sikit dan senang tapi jenuh jgak la nak memikirkan nya.

Rabu, 20 Januari 2016

12M - Panduan @ Petua Berhenti Merokok

Keadah berhenti merokok

# Pelajari kaedah yagn betul. Banyak feadah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan
# Tetapkan tarikh untuk berhenti dan yakin diri. Selain itu anda boleh membuat nota pengingatan dan katakan pada diri anda " saya bukan perokok".
# Setiasa berfikiran positif serta dapatkan sokongan dari rakan @ pakar. 

Anda juga boleh menggunakan terapi pengganti nikotin selain mengamalkan : 

Panduan @ petua Berhenti Merokok 12M
  1.  Melengah-lengahkan ; Tunggu lima minit @ katakan nanti sebentar
  2. menarik nafas panjang : Tarik nafas tiga kali secara pelahan-lahan
  3. minum : terutama minum air masak. elakkan minuman berkafein
  4. menyibukkan diri : buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan unutk melupaan rokok
  5. menjauhkan diri : jauhkan diri daripada orang yang merokok
  6. mengelakkan diri : elakkan daripada suasana @ situasi yang mendorong kepada merokok
  7. mengunyah sesuatu : kunyah seperti gula getah @ buah- buahan. Elakkan yang manis
  8. membasuh tangan selalu
  9. mandi dengan kerap
  10. meregangkan otot : lakukkan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. meditasi : bertafakur, berzikir mengikut amalan agama masing2
  12. memohon doa : berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

** Petikan daripada Berita Harian 20 Januari 2016
** Ditaip semula oleh Lynn


Berhenti Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit yang serius seperti barah paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar @ strok. Merokok juga boleh memberikan kesan kepada setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

# Merokok memberikan keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberikan kebaikan kerana asap yang dilepaskan oleh perokok juga memberikan kesan buruk kepada orang disekeliling terutama ahli keluarga.

# Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak yang tidak cukup bulan, kurang berat badan @ mati selepas dilahirkan. 

# Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok bolehsering sakit dengan mengalami batuk, selesema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah dan memdapat asma.

Demi diri dan keluarga

Apa feadah yang diperolehi dengan berhenti merokok

Keputusan berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.

Faedah yang diperoleh dengan berhanti merokok

  1.  Panjang umur
    • satu daripada dua perokok mati lebih awal disebabkan oleh penyakit berkaitan merokok
    • merokok membunuh hampir 5000 rakyat melaysia setiap tahun
  2.  Mengelakkan daripada bahan berbahaya
    • asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser
  3.  Mencegah penyakit
    • hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok.
    • barah paru-paru, sakit jantung, penyakit pasru-paru yang kronik, strok da ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  4.  Kehidupan lebih sihat
    • mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selesema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  5.  Mencegah keburukan kepada orang lain
    • apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang sekeliling di mana asap tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  6.  Menjadi contoh
    • apabila tidak merokok ia menjadi teladan kepada keluarga dan anak
    • mereka menjadikan anda sebagai contoh untuk tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat
  7.  Meningkatkan kecergasan
    • orang yang tidak merokok selalunya lebih cergas dan memiliki badan yang sihat.
  8.  Meningkatkan deria bau dan rasa
  9.  Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  10.  Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  11.  Menjimatkan wang
    • labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10 sehari, pelaburan >RM300 sebulan >RM3600 setahun. Jika melabur untuk 10 tahun anda sudah mempunyai RM36,000 dalam akaun simpanan).
  12.  Melindungi alam sekitar
    • puntung roko dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  13.  Meningkatkan kesuburan

** Petikan diambil dari Berita Harian 20 Januari 2016
** Ditaip semula oleh Lynn

Selasa, 5 Januari 2016

Permulaan Tahun 2016

Assalammualaikum semua sahabat2 di alam maya....

Belum terlewat rasanya untuk lynn ucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua. Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia Allah SWT ini. Semoga tahun ini memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua, diberi kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat.

Tahun lynn n suami masih lagi berdua (doakan kami memperoleh zuriat yang soleh dan solehah). Lynn harap tahun ini hidup lynn lebih bahagia, tenang dan dirahmati oleh-Nya. Tahun sekali lagi hanya mampu melihat anak2 org ke sekolah, alangkah seronok nye ibu bapa menghantar anak2 mereka. Semua anak2 ini dapat belajar dengan tenang dan  mudah menerima apa yang diajari oleh para guru.

Tahun 2016, tempat percutian yang pertama dikunjungi adalah Cameron Highlands. Itu pun sekadar untuk makan strawberry coklat (si suami melayan tekak si isteri). Kami gerak pagi dalam pukul 7 pagi dari Putrajaya sampai CH pukul 12tghari. CH boleh tahan jem dari Tanah Rata ke Brinchang hampir mengambil masa selama 30 minit, hakikat nya pada hari biasa hanya 10-15 minit sahaja. Tempat yang dituju adalah Big Red Strawberry Farm. Menu yang diorder, NO 31 - Strawberry Coklat, NO 17 - Walfe Aiskrim dan NO 8 - Strawberry Sundae. Dekat BRSF ini nak order makan kena sebut no klu tak mmg tak layan la. Lepas makan dlam kul 2 kami ke pasar tani CH, takde apa pun beli just sayur2 je. Kami turun CH dan menuju ke Kuala Selangor. Pukul 3 pagi bar sampai rumah di Putrajaya.

Isnin hari pertama kerja daln tahun 2016 sangat membosankan dan mengantuk giler. Hari pertama yang ada hanya lynn dan en.akmal. CC cuti, en mizi lewat sebab anta anak masuk sekolah, en fadzli pun katanye cuti jgak. Hari pertama ngan penutupan cafe, pagi2 dah mengeluarkan peluh berjalan untuk membeli makanan, tengahari kita habiskan masa ngan tido di meja.


* Seronok tengok orang anta anak2 ke sekolah
* Percutian pertama di Cameron Highland
* Bonus tahunan beli 1gram GoldBar ( #powergold)
* Usia makin berkurangan
* Nanti kita update lain tapi tak tau nak tulis apa. (banyak cerita tapi.....)
* Tingkatkan amalan di dunia untuk Akhirat.