Sekarang nie kita tgk bahan2 dan cara2 membuatnye.
Kek Batik
Bahan-bahan
- Biskut Marie
- Milo (bungkus kecil)
- Susu pekat (separuh)
- Buttercup (250gram)
- Serbuk koko (2sudu)
Cara-cara
- Panaskan kuali@periuk (lynn guna kuali senang nak gaulkan)
- Masukkan buttercup, kacau sehingga cair
- Masukkan susu pekat (lynn letak tak sampai separuh pun, sbb tak suka manis)
- Masukkan milo (semua) dan serbuk koko, kacau sehingga tiada yang berketul
- Masukkan biskut marie yang telah dipotong (lynn belah 4bahagian), kacau bg semua biskut bersalut coklat
- Masukkan ke dalam bekas dan tekan utk padat kan
- Simpan bekas kedalam peti sejuk,sekurangnye 4jam.
- Sedia untuk dihidang
# Serbuk koko - mengurangkan rasa manis susu dan milo
# Jangan takut untuk tekan aduan, biar biskut patah lagi sedap
# Jangan lupa lapik loyang@bekas ngan plastik. Supaya senang nak keluarkan kek dr bekas(tak melekat)
** Gambar takde tak sempat nak ambil.
** Sedap dan tak manis sgt.
** Bawa kat ofis, klu tinggal kat umah takde org nak makan
** Tinggal kat umah sikit je dalam suku loyang