Selasa, 30 September 2014

Kursus Berpasukan - Give 100%


Tajuk Kursus - Kursus Berpasukan - Give 100%
Tempat Kursus - Dorani Bayu Resort, Sg Besar, Selangor
Tarikh Kursus - 24 Hingga 26 September 2014
Hari - 3 hari 2 malam

Gambar persekitaran Dorani Bayu Resort

         

**Lupa nak amik gambar dalam bilik..... dlm bilik ada katil queen, tv, aircord, kipas n bilik air ada pemanas air(mandi pagi tak lah sejuk),. Masa kursus nie diaorang tambah 2tilam, so 2org tido bawah alas tilam bawah kipas.....Ruang tamu luas so tak la sempit bila letak tilam

**Suasana nyaman, tenang dan

Ini merupakan kursus yang pertama lynn hadir di luar kawasan ofis dan meninggalkan suami sepanjang 5tahun perkahwinan. Dengan hati yang kurang tenang utk meninggalkan suami, lynn gagahkan diri untuk mengikuti kursus nie dengan jayanye......

Kursus luar nie ingatkan lasak sbb kena bawa baju sukan je, rupanye indah khabar dari rupa(betul ke)...


Hari Pertama

Kul 12 gerak menaiki bas ofis. sampai meru tayar bas pancit, sangkut kat situ je dah sejam lebih, so kelas utk petang takde. Kelas bermula pada pukul 8.45 selepas makan malam. Dalam kelas, pembahagian kumpulan, sebelum tu kedatangan hanya 24org peserta lelaki dan 12org peserta wanita. terbahagi kepada 4 kumpulan 3wanita 6lelaki.

Hari Kedua.

Seawal 7pagi senaman pagi pastu sarapan, lepas sarapan bermula sukaneka....

1 - lari kepit bola

gambar dari my google
2 - Boling Kelapa

gambar dari my google

3 - Botol Beracun


Dan ada lg berapa2 permainan utk pagi dari pukul 9 pagi smpai ke pukul 11.30. Sambung petang. yang nie best sikit la Explorer.....

1 ~ Tugasan pertama......mencari remis yang pernah dijadikan hiasan rumah sebanyak 21 biji.

gambar dari my googleRemis yang bercorak sahaja yang dipilih 
2 ~ Mencanting batik.
Batik yg telah dicanting oleh kumpulan kami 

3 ~ Merakamkan gambar kenangan 5 tempat..

i - Chalet Terapung No 12


ii - Apartment No 10


iii - Banner Dorani Bayu Resort


iv - Padang Paintball



v - Jeti Bersebelahan Lobi


4 ~ Membuat 5biji bahulu.
**Tak sempat nak amik gambar sebab masing2 sibuk konon2 semangat main api n buat bahulu.
**Yang pasti bahulu kumpulan kami the best

Time buat bahulu nie yang paling best....ada kumpulan yang tak jadi bahulu yang suruh dibuat kaya ball yang jadi. ada group yang hangus bahulu nye. Nasib baik la group lynn jadi, gebu n lembut, masing2 berebut nak merasa bahulu yang di buat. Bahulu klu makan masa panas mmg sedap....

Sebelah malam, aktiviti berkumpul tapi berkaraoke, setiap kumpulan wajib menghantar 2org peserta seorang lelaki dan seorang wanita. Aktiviti bermula pada pukul 7.45mlm sehingga 11mlm.

Hari Ketiga

Seawal 6.15 pagi (bukan semua) hanya beberapa org yang telah pergi ke pasar untuk membeli ikan, dan seafood. Murah jgak la katanye....

Pukul 9.00pg masuk kelas smpai kul11 pagi. Dalam kelas hanya utk ulasan @ kesimpulan kursus dan penyampaian sijil serta hadiah bagi setiap kumpulan.

Selepas kelas, bersiap untuk pulang sebelum tu makan tengahari dulu....

**Yang paling tak best adalah makanan diaorang.....gabungan lauk tak sesuai dan makanan pun tak sedap, makan sekadar untuk mengisi perut.

Tiada ulasan: