Khamis, 18 September 2014

Khasiat Teh Hijau



Teh biasa ada di setiap rumah di Malaysia. Dah jadi kebiasaan kita untuk menjadikan teh sebagai minuman seharian. Kat rumah kita minum teh, kat kedai pun kita order teh. Minum petang pun lebih sedap jika dihidang dengan teh dan kuih-muih ringan, atau sekadar dicicah dengan biskut kering. Yummy.

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita.

Antara kebaikan dan kelebihan yang boleh kita dapat apabila kita meminum teh hijau :-

*Penuh dgn antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dlm bdn.
*Mnjaga tekanan darah.
*Merawat batuk.
*Menguatkn sistem kekebalan tubuh utk mlwn penyakit.
*Kulit mnjadi cntik,brsinar,rambut sihat,muda,hilang bintik2 dan sebagainya.
*menurunkan kadar kolesterol
*anti oksidan / awet muda
*meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
*melindungi fungsi ginjal
*mencegah diabetes
*mencegah keracunan
*mencegah bau mulut
*mengurangkan risiko strok
*kaya mineral dan vitamin
*membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan.
*mencegah kerosakan gigi
*melancarkan sistem pencernaan
*mencegah hepatitis
*melindungi paru-paru daripada racun rokok.
*Teh hijau juga kaya dgn EGC(Epigallocatechin) dan GC(gallocatechin) iaitu antioksida yg kuat serta dpt mnolong mncegah dan menghancurkn sel2 kanser.
*Mencegah penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan arteri trsumbat).
*Menghilangkn stress dan mnolong mngendurkn saraf.
*Boleh mncegah penyakit Demensia dan Amnesia.
*Meredakn gangguan spt tdk blh tidur dan gelisah.
*Baik utk mngubati dan mncegah Osteoporosis (pnyakit tulang) dari kereputan dan patah.


 Antara kelebihan untuk para pesakit2 adalah:

1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah,saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson
Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.

8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.


**Tengok banyakkan kelebihan, kebaikkan dan khasiat apabila kita mengambil Green Tea**
**Salah satu sebab lynn amik Green Tea adalah untuk membuang toksin yang ada dalam badan...Gemuk...**



Tiada ulasan: