Khamis, 18 September 2014

Keinginan Untuk Turunkan Berat Badan

Salam.....

Sekarang ini lynn tengah amalkan Diet Atkins, berat badan sekarang macam dipam2 selepas mengambil ubat hormon@kesubaran dari hospital....Maklum la nak baby punye pasai pergi la appointment hospital tiap2 bulan doktor bagi ubat hormon....selera makan pun bertambah....dari 70 something naik sampai ke 90 something....
Setiap kali gie hospital timbang mesti naik, misi mesti marah dan suruh turunkan berat badan plezz.....dalam hati nak je marah misi tu tapi sabar je la wahai hati.....

Pada hujung tahun 2013, lynn telah mengikuti diet dari Kevin Zahri, makan nasi tapi dalam kuantiti yang sedikit, banyakkan makan sayur hijau dan minum air sekurangnye 8gelas@3liter sehari. Dalam masa 2bulan lynn dapat turunkan berat sebanyak 10kilo. Sekarang nie berat statik je...kadang2 naik kadang turun.

Start dari awal bulan 9 lynn dah mulakan diet Atkins nie tak banyak culas2 jgak la, klu dah masak utk suami kena la makan jgak nasi, tapi sikit je lauk mesti lebih.

Permakanan kena jaga dan melakukan senaman seminggu sekurangnye 3kali. Lynn duk putrajaya dan berkerja so lynn akan joging  pada waktu malam dan hari sabtu n ahad. Kat Putrajaya nie ramai yang joging malam dan lampu jalan pun banyak so tak la takut nak joging sorang2.

Harapan lynn adalah nak kurangkan 15-20 kilo dari sekarang hingga hujung tahun 2014. Harap boleh la capai berat yang diingini. Ramai jgak yang buat Diet ini telah hamil setelah diaorang kurangkan berat badan. Berat badan yang berlebihan salah satu punca sukar hamil.

**Cukup la tu nak mengblogger pagi nie...nanti kita sambung lagi......
** Bagi yang tak tau Diet Atkins tu apa nanti lynn masukkan apa makna Diet Atkins n cara permakanannye**

Tiada ulasan: