Khamis, 5 Jun 2014

Warung Bunian @ Restoran Tapak Sulaiman

Setelah lama asik dengar cerita dan tgk gmbar mengenai kedai makan nie, hari nie (05/06/2014) lynn n my hubby makan tengahari kat kedai makan nie. 04/06/2014 petang lynn anta msj utk buat tempahan utk makan tengahari keesokan hari nye.
Nama kedai mcm menyeramkan je, klu dengar nama tu mesti terbayang macam2, suasana bunian ke bentuk tapak sulaiman ke? Bukan kata org la lynn sendiri pun terbayang mcm2, apa kaitan kedai dengan nama yang diberi.

Warung Bunian (gambar dari atas)

Ada nampak mcm Bunian @ Tapak Sulaiman tak?

Lynn gie makan hari khamis, so menu dia

~ Ketam Masak Lemak Cili Api
~ Ayam Goreng
~ Ikan Masak Kicap
~ Sayur Peria
~ Sambal Belacan
~ Air Teh O Ais


Menu Hari Khamis

Makan memang puas hati la, lynn n hubby makan lauk memang berlebihan tapi habis jgak la "meratah" sayang pulak nak tinggal...

Selesai makan "Licin"

Tempahan untuk 2orang makan RM29, rm14.50 seorang
## hubby lynn bayar, lain kali datang lg lynn pulak bayar.
Makan mcm nie puashati, makan sama rata, lauk pun sama.

Setiap hari menu berubah tapi tetap

Sebelum nak datang, better buat tempahan klu tak kena tunggu lama sbb diaorang dahulukan org yg buat tempahan.

SMS je nama, berapa org nak datang makan, nanti diaorg sediakan meja, bila kita dah datang baru diaorg hidangkan lauk. So lauk tu masih panas. hubby lynn suka sgt sbb lauk dia panas lg, (ayam goreng dia panas2)

Boleh sms@call no yg tertera


Masa lynn gie tadi diaorang dah naikkan banner untuk tempahan berbuka puasa...

Jom kita berbuka beramai2

**Hubby lynn ajak datang makan lg kat sini**
** Nanti nak cuba utk sarapan pulak, tak perlu buat tempahan**