Khamis, 29 Mei 2014

Perubahan

Sejak 2 menjak nie, perangai dia sgt2 berubah.
 # terlalu ceria
# Mudah bergurau
# Senang diajak ke mana aje
# Selalu ajak keluar makan bersama
# Tidor berpelukan (sory dlm kelambu sikit)
# Senantiasa membantu dlm membuat kerja umah

Diharap perubahan nie kekal sehingga akhir hayat @ sampai ke Jannah....

Klu ia nye hanya seketika, aku redha dan terima ngan hati yg terbuka. Ini kerana aku tidak meletakkan harapan yg tinggi setelah apa yang telah berlaku.

"Pinggan yang retak tak mungkin bercantum, ini kan hati manusia"

SMS@KOL

Sekarang nie sudah kurang bersms....
Saya pun dah tak tanya dengan sapa bersms @ kol....Orang marah kacau "private" dia.....So sekarang mmg takkan tanya klu nampak dia ber'gayut' @ menaip sesuatu.

Semua nie menguji kekuatan, ketabahan dan kesabaran diri..apa yang berlaku semua ada hikmah dan kena amik semua sebagai pengajaran untuk masa hadapan.

Sayangi Diri Sendiri, Sebelum Sayangi Diri Orang Lain

Khamis, 22 Mei 2014

PA Sementara

Assalamualaikum....
Untuk pengetahuan semua bermula 2 mei tempohari lynn start kerja baru....Jadi PA....Ketua Seksyen....(Giler ko tak pernah kerja pengurusan walaupun memegang jawatan Pembantu Tadbir (P/O)).
Mesti tak percayakan.....
Mula2 kerja macam best je, sebab tak tau nak buat apa so duduk jawap telefon je. Boss pulak baru masuk, makanye sama tak tau nak buat apa
Masuk minggu kedua, dah mula buzy, semua benda nak kena belajar, kena ingat unit mana yang uruskan mengenai pinjaman, kena ingat AP2 semua unit...
Dan yang paling tak suka kena buka, forward dan balas email KS....mmg giler la....
Sekarang dah masuk minggu ke 3, kira dah ok sikit, setiap hari ada je benda baru yang diperlajari...... Cara buat email utk panggil mesyuarat, cara nak tentukan masa mesyuarat, cara nak booking bilik mesyuarat. Semua berkaitan dengan mesyuarat.......Bermula dari kosong memang banyak belajar.....Sekarang dah mula suka dengan kerja PA nie, tapi semua nie hanya la sementara, sehingga ada pengisian jawatan dari MOF.